e

Friday, June 14, 2013

Akibat Blogger Tidak Pantau Komen Lucah



Assalamualaikum & Salam Jumaat. Akibat Blogger Tidak Pantau Komen Lucah. Mungkin anda pernah ke beberapa buah blog dan menjumpai komen-komen yang dilontarkan oleh pembaca lain yang tidak menyenangkan anda. Mungkin kerana ia berbunyi lucah atau terlalu kasar. Pendapat Zam, rasanya blogger perlu pantau komen-komen seperti ini dari terus berleluasa tersiar di entri mereka. Padam terus komen komen seperti itu, atau sorokkan dulu komen komen pembaca sebelum dipilih dan disahkan untuk dipamerkan di blog.

Tak faham juga Zam sebenarnya dengan sikap sesetengah blogger yang membiarkan komen komen dan perdebatan yang bukan bukan di ruangan komen entri mereka. Adakah kerana ingin menarik trafik apabila menjadikan blog mereka tempat melahar dan membincangkan gosip dan isu panas secara tak berilmiah?

Bukan apa, bila tak dipantau dengan baik, seolah olah menggalakkan lagi kegiatan tak berfaedah tu di masa akan datang.

Dalam isu ini, mungkin Zam boleh kaitkan dengan perkara yang menimpa blogger Mak Dara. Walaupun apa yang Zam perkatakan ini tidak 100 peratus menggambarkan situasi yang dialami oleh Mak Dara, Zam rasa kita perlu berkan perhatian serius. Kesian dia, tak pasal pasal avatar wajahnya digunakan oleh orang tak bertanggungjawab untuk melahar sesuka hati di alam maya. 

Kalaulah pemilik blog lebih peka dan sensitif dengan komen komen yang tak beretika oleh pembaca, mungkin perkara seperti ini boleh dielakkan, kan?

Ini sekadar pendapat Zam..

27 comments:

  1. erkkk..takut jugak kalau ada org gune gmbr2 kite..
    hurm :(

    ReplyDelete
  2. cyber crime ni memang dah berleluasa and lagi satu...pasal apa yang zam bincangkan ni...it's true... ada antara blogger2 yang membiarkan komen2 lucah atau komen2 yang x sepatutnya dalam komen entry mereka...dan ada juga blogger2 yang suka selitkan unsur2 yang x sesuai dibincangkan... untuk menarik perhatian traffic dan tarik orang untuk komen entry mereka...

    blogger tanggungjawab dan tugasan bukan mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dgn pendapat sis Farah ni~ 100% ;)

      Delete
  3. aha,, itu la..harapnya takda la org yg komen2 camtu kat blog sy..huhuhu

    ReplyDelete
  4. teknologi yang disalahgunakan.....be careful....

    ReplyDelete
  5. yea , btul tu zam.. banyak perkara yg berleluasa sekarang ni .. kena berhati-hati lain kali biar tidak terjadi terus ...

    ReplyDelete
  6. betul tu, kekadang saya suka baca entry dalam blok tertentu tapi saya tak suka langsung baca komen pada entry tersebut sebab confirm ada ayat2 berbau lucah2 ni. yang peliknya owner blog tu tak pernah pun delete or pantau komen2 tu. maybe untuk high rating kottt

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. itulah gambaran yg Zam maksudkan.. tak selesa sbnrnya..

      Delete
  7. kesian dekat nasib yang menimpa mak dara. sabar je lah dengan org yang bertanggungjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. tindakan dh diambil.. harap tak ada lagi berlaku mcm tu

      Delete
  8. alamak...sy pn jarang filter komen ni..huhu

    ReplyDelete
  9. kena selalu blogwalking. kot2 terjumpa gambar komen muka kita.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah gak mcm tu.. tp klu terjumpa, mmg nasib kita lah

      Delete
  10. ye ke ni?/ish..pelik je..ada ke blogger yang tulis blog tapi tak baca komen yang ditinggalkan pembaca??ke memang blogger tu saja je simpan komen gitu sebab tu geng dia??heheheh..kalau akak sehari entah berapa puluh kali check komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya kak Diana neh.. hehe

      btw mgkn btul juga apa yg Kak bagitau tu.. slh 1 kmgknn

      Delete
  11. Dahsyat tu tuan. Last-last pengunjung serik berkunjung. Empunya blog yang jadi mangsa.

    ReplyDelete
  12. kena moderate dulu komen2 ... kena pantau sebelum diapprove untuk publish...

    ReplyDelete
  13. di alam maya ni terlalu byk tangan2 jahat..!!
    mgkin admin perlu pntau komen yg dtinggalkn sblm approve

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. begitulah nampaknya.. perlu lbh berhati2

      Delete
  14. salam zam...

    entri ini di review secara autopublish pada 28 Jun 2013 jam 10.09 malam.

    http://www.mialiana.com/2013/06/review-6-akibat-blogger-tidak-pantau.html

    ReplyDelete