e

Tuesday, June 25, 2013

Berjerebu Sampai Ke Dalam Premis!

Assalamualaikum & selamat pagi buat pembaca blog Zam. Isu yang diketengahkan pagi ini masih berkaitan jerebu. Macam-macam masalah yang timbul, terutamnya yang berkaitan dengan kesihatan. Ramai yang mengadu sesak nafas, sakit mata & ada juga yang sampai gatal-gatal satu badan. Topeng muka juga laris sehingga kehabisan stok di kedai-kedai. 

Lebih teruk, keadaan berjerebu bukan sahaja berlaku di kawasan terbuka, tetapi juga sehingga ke dalam premis-premis bangunan!

Itu yang diceritakan oleh seorang rakan Zam yang baru pulang berkursus dari KL. Asap masuk sehingga ke dalam bilik hotel yang didiaminya, & di ruang koridor, asap kelihatan  seolah-olah sedang berkabus. 

Apapun yang penting, bagi anda yang berada di kawasan yang terjejas dengan teruk, kurangkan aktiviti di luar dan ambil langkah berjaga-jaga ya. Pastikan tingkap & pintu tertutup dengan baik bagi mengelakkan banyak asap masuk ke dalam rumah. Kita yang dewasa ini mungkin boleh bertahan dengan situasi ini, tapi yang paling kasihan adalah anak anak kecil. Kan?


14 comments:

  1. mmg bahaya, saya p keja td kna pakai mask

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH, jerebu di muar smakin berkurangan..bolehlah kuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita mcm ni yg zam nk dgr.. thanks 4 sharing

      Delete
  3. Jerebu dkt Johor dah ok dan mula beralih ke KL dan sebelah timur dan utara

    ReplyDelete
  4. jerebu di Melaka semakin kurang walaupun cuaca tak sihat....

    ReplyDelete
  5. dekat ipoh dh terasa bahang jerebu..tidur pn peluh2..adui..semoga masalah jerebu ini dpt diatasi

    ReplyDelete
  6. kena sentiasa pakai mask wlpun dalam premis..kena jaga kesihatan betul2 nie

    ReplyDelete
  7. mmg teruklah jerebu kali ini !

    ReplyDelete