e

Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua?


Assalamualaikum dan selamat petang. Setelah Che Ta tersingkir semalam di peringkat separuh akhir MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua, tentu banyak perhatian telah dialihkan kepada Syura yang melakukan kejutan semalam apabila menewaskan Celina dan Che Ta. Ia terbukti apabila masakannya mendapat pujian ramai juri dan mendapat markah tertinggi iaitu 46, meninggalkan Celina 39 markah dan Che Ta 35 markah. Sebelum itu, Syura berada di tangga ke 3 apabila mengumpulkan 8.5 markah dari 4 cabaran masakan yang dilalui.

Syura mungkin tidak sepopular Che Ta, dan  mungkin kerana itu tidak ramai yang meramal Syura mampu pergi sejauh ini. Tambahan pula masakan Che Ta sentiasa lebih dominan dari Syura.

Kini, ramai yang meneka Syura lah juaranya pada episod terakhir MasterChef Selebriti Malaysia malam ini. Apapun, sama samalah kita saksikan keputusannya malam ini!

8 comments:

  1. suka tgk syura =) harap dia berjaya

    ReplyDelete
  2. Harap2 Syura menang.hehe wah, btw cntik blog zam. baru edit ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. same ar hrpn kite.. a ah, bru tukar setting sikit2.. thanks :)

      Delete
  3. Replies
    1. ade pluang yg sama mereka berdua ni..

      Delete