e

Sunday, June 9, 2013

Hari Terakhir Di Semenanjung



Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya selepas bercuti 2 minggu lebih sempena cuti penggal pertama persekolahan, tiba masanya ubtuk Zam pulang semula ke Kuching malam ini. Memang pantas masa berlalu, macam baru semalam Zam pulang ke Kelantan untuk bercuti. Kalau boleh, tak mahu pulang ke Kuching lagi..

Cuti kali ni memang penuh terisi, terutamanya sesi bertemu dengan rakan rakan yang lama xjumpa. 2 hari terakhir di Semenanjung ni juga, Zam x update langsung blog kerna sibuk melayan anak buah dan habiskan masa dengan family & sahabat rapat.. Sekarang ni pun, Zam dah mula rasa rindu pada mereka.. Macam mana ni?

Hari ni, sebelum pulang sempat luangkan masa dengan seorang blogger dari Kelantan yang menemani adik iparnya ke konvokosyen OUM di PWTC. Dan kebetulan juga, sewaktu menuju ke airport tadi, kami terjumpa sekali lagi di stesen ERL.. Cuma dia ke KB dari LCCT dan Zam ke Kuching dari KLIA.. 

Malam ni, tak tahu nak layan movie atau terus tidur dalam flight.. Takde mood, plus homesick.. huhu
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

  1. Yelah Zam... Dah 2 minggu kat rumah sendiri..
    mau tak berat hati...

    ReplyDelete