e

Tuesday, June 11, 2013

Masterchef Selebriti 2 Episod 32: Michael Ang Tersingkir, Dan KesemuaTop 5 Adalah Wanita!


Akhirnya menerusi Cabaran Penyingkiran dalam episod ke 32 Masterchef Selebriti Musim Ke 2  sebentar tadi, Michael Ang terpaksa meninggalkan dapur Masterchef kali ini apabila ditewaskan oleh Kenchana Devi. Menerusi resepi Bubur Lambuk Kenchana yang lebih mirip kepada Bubur Lambuk yang disediakan sewaktu Ujian Rasa sebelum itu, Michael terpaksa mengakui olahannya terhadap resepi tersebut dengan menjadikannya kurang berempah tidak dapat menarik perhatian juri. Untuk kisah menarik tentang ujian rasa tersebut, anda boleh membacanya di entri sebelum ini. Memang sesuatu yang mencabar dan sengit apabila mereka perlu meneka 26 bahan masakan bubur Lambuk dengan tepat bagi menyelamatkan diri dari penyingkiran.

Sebaik keputusan diumumkan, timbul pula drama Cik Ta yang ingin menarik diri bersama Michael Ang kerana baginya, berada di kedudukan Top 5 sudah cukup membuktikan beliau boleh memasak setelah sering dipertikaikan kebolehannya di FB kerana cara solekan dan berpakaiannya. Namun keputusan tersebut tidak dipersetujui oleh para juri dan rakan-rakan kerana Cik Ta tiada alasan yang kukuh seperti Pak Nil. Mungkin Cik Ta lupa, apa yang lebih penting sekarang ialah berusaha untuk mengumpulkan dana yang lebih banyak untuk badan kebajikan yang diwakili olehnya.

Apapun, Cik Ta meneruskan perjuangan di dalam Masterchef Selebriti kali ini dan Michael Ang yang tersingkir berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM8000 untuk badan kebajikan yang diwakili olehnya.
Published with Blogger-droid v2.0.9

6 comments: