e

Tuesday, June 11, 2013

Masterchef Selebriti Musim 2 Episod 32: Antara Michael Ang Dan Kenchana Devi, Siapa Bakal Tersingkir Hari Ini?



Assalamualaikum dan selamat malam. Akhirnya, keputusan dalam cabaran sajian luar di episod 31 telah diketahui, dan Pasukan Merah yang dianggotai oleh Celina, Syanie dan Syura telah berjaya mengalahkan Pasukan Biru  yang terdiri dari Cik Ta, Kenchana Devi dan Michael Ang. Markah yang diperolehi pada mulanya adalah sama bagi kedua dua pasukan iaitu 43 dari 60, namun Pasukan Merah mempunyai kelebihan dari segi pengurusan kerana Pasukan Biru telah tersilap dalam menghidangkan 6 hidangan stik mereka kepada tetamu.

Namun, peluang diberikan kepada salah seorang dari Pasukan Biru untuk menyelamatkan diri dari tersigkir melalui ujian cuba rasa. Sangat mencabar apabila mereka terpaksa meneka 26 bahan yang digunakan untuk membuat bubur lambuk. Namun siapa menyangka, mereka bertiga dapat meneka banyak bahan dengan betul walaupun itu bukanlah sesuatu yang mudah, sehinggalah Michael Ang tersalah meneka ikan masin, dan kemudiannya  Kenchana Devi yang terkeluar kerana meneka lada putih. Akhirnya, Cik Ta terselamat, dan sebanyak 20 dari 26 bahan dapat diteka dengan tepat oleh mereka semua. Terbaik!

Kini, tinggal Michael Ang dan Kenchana Devi sahaja yang terpaksa bersaing untuk menempatkan diri dalam top 5. Siapakah yang bakal tersingkir malam ini? Sama sama kita saksikan!


Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments: