e

Sunday, June 23, 2013

MasterChef Selebriti Malaysia 2 Episod 37: Markah Penuh & Kedudukan Terkini Peserta Top 4

Assalamualaikum & Selamat Malam. Perjuangan peserta Top 4 Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 diteruskan lagi dengan 2 cabaran berbeza pada malam ini bagi mengumpulkan markah tertinggi untuk menyelamatkan diri dari tersingkir sebelum Santapan Terakhir 25 Jun nanti. Untuk cabaran pertama dalam membuat pasta & menyediakan hidangan, markah tertinggi diberikan kepada Syura (2.5), diikuti oleh Cik Ta (2), Kenchana (2) dan Celina (1). Bagi cabaran kedua pula iaitu Chicken Roll, Celina kembali bangkit dengan 3.5 markah, dan peserta lain mendapat 2.5 markah bagi hidangan masing-masing. 

Untuk cabaran episod 36 sebelum ini, Cik Ta mendapat 3 markah, Celina- 2 markah, Syura- 1.5 markah & Kenchana- 1 markah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan untuk setiap peserta yang terkumpul dari episod 36  & 37 ialah:
  1. Cik Ta (7.5 markah)
  2. Syura & Celina (masing-masing terikat 6.5 markah)
  3. Kenchana Dewi (5.5 markah)


8 comments: