e

Sunday, June 23, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 38: Kenchana Devi Tersingkir, Cik Ta Di Tangga Teratas!



Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya setelah melalui 4 cabaran dalam mengumpulkan mata tertinggi di dalam 3 episod, Kenchana Devi menerima takdirnya apabila tersingkir dari MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 di episod 38 dengan pungutan 7.5 markah. Markah tertinggi dalam menyediakan Risotto Tom Yam tadi dimenangi oleh Celina dengan 2.5 markah, manakala ketiga-tiga peserta lain memperolehi markah yang sama iaitu 2 markah. Walaubagaimanapun, Cik Ta masih kekal di tangga teratas dengan 9.5 markah, diikuti rapat oleh Celina- 9 markah dan Syura- 8.5 markah.

Cabaran kali ini dianggap sukar kerana peserta perlu mempraktikkan pelbagai jenis & teknik masakan dalam menghasilkan Risotto Tom Yam yang menyerupai masakan Chef Jemputan- Chef Fuad, dan menyeimbangkan rasa masam, manis & pedas di dalamnya. 

Apapun, Kenchana Devi berjaya menyumbang RM9000 kepada Child Information, Learning And Development Centre (CHILD). Tahniah kerana telah berjaya sehingga ke tahap yang membanggakan ini!

10 comments:

  1. nampak.macam Celina blh jd juara. ..diikuti Cik Ta..ini tekaan pcl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jd.. Xmustahil.. anything possible :)

      Delete
  2. Good job Kenchana. masing2 ada peluang nak menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. skrg bergantung pd rezeki dan nasib je

      Delete
  3. Replies
    1. Blogger Remy tahu jawapannye.. hehe

      Delete
  4. sapa ler juara kali nie....huhu...tak sabar rasanya nak tahu,.....

    ReplyDelete
  5. Susah nak teka. masing2 ada turun naik... Syura pun bleh tahan juga

    ReplyDelete