e

Showing posts with label MasterChef Selebriti Malaysia 2 Episod 38. Show all posts
Showing posts with label MasterChef Selebriti Malaysia 2 Episod 38. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 38: Kenchana Devi Tersingkir, Cik Ta Di Tangga Teratas!



Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya setelah melalui 4 cabaran dalam mengumpulkan mata tertinggi di dalam 3 episod, Kenchana Devi menerima takdirnya apabila tersingkir dari MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 di episod 38 dengan pungutan 7.5 markah. Markah tertinggi dalam menyediakan Risotto Tom Yam tadi dimenangi oleh Celina dengan 2.5 markah, manakala ketiga-tiga peserta lain memperolehi markah yang sama iaitu 2 markah. Walaubagaimanapun, Cik Ta masih kekal di tangga teratas dengan 9.5 markah, diikuti rapat oleh Celina- 9 markah dan Syura- 8.5 markah.

MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 38 : Seorang Selebriti Akan Tersingkir Hari Ini!



Assalamualaikum & Selamat Petang. Baru sahaja diumumkan tadi di Page MasterChef Selebriti Malaysia, bahawa terdapat penyingkiran seorang selebriti pada malam ini. Mungkin ada yang boleh mengagak siapakah selebriti tersebut, namun apapun, kita tunggu dan lihat sahaja keputusannya malam ini. Untuk melihat keputusan markah terkumpul & kedudukan mereka setakat ini, anda boleh hit pada PAUTAN INI