e

Saturday, June 15, 2013

Peneman Tidur Malam Tadi

Dah lewat malam, tiba-tiba dia datang memanggil dari luar. Lapar agaknya, jadi Zam benarkan dia masuk. Tapi bila dihidangkan makanan, tak mahu pula dia makan. Tak kuasa nak melayan, Zam terus masuk bilik untuk berehat. Dia ikut sekali, & terus memanjat ke atas katil. Pusing ke sana kemari sekejap, & terus baring dekat kaki Zam. Sekejap sekejap, dia tukar tempat, & last sekali di sebelah Zam. Dan bila tersedar pagi tadi, dia masih di sebelah Zam.

Kiranya, sepanjang malam tadi dia temankan Zam tidur. Ini kali pertama, dia tidur dalam rumah dengan Zam.. Mengada betul..

5 comments:

  1. nak bermanja juga kucing tu dik zam...hahaha...

    ReplyDelete
  2. hehehe nak bermanja ngan tuan la tu

    ReplyDelete
  3. hehe thanks 4 the comments friends ;)) mmg, manja terlebih dah ni, padahal kucing jiran nih zam pinjam.. hehe

    ReplyDelete