e

Friday, July 19, 2013

2 Kali Bonus Untuk Semua.. Confirm!


Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. 
Confirm.. !!! 

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini : 

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat. 
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba. 
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya. 

bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja. kejar beb. jgn tak kejar.. asyik kira duit jek kan... sesekali kira la pahala yang ada. cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus2 duit selama ni ?

Hehehe.


22 comments:

  1. Untung kepada sesiapa yang melakukannya. Selamat berpuasa, Zam :)

    ReplyDelete
  2. sumbernya mana wahai cik Abe?..kasi link bha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca sampai habis? hehe

      Delete
    2. ada bc sampai habis tapi mcm tak betul je..hehe

      Delete
    3. Sue Bee, yang ini hanya sekadar gurauan tau.. jgn amik hati ye.. hehe... ttg bonus ni, info terbaru: CUEPACS cuma ulas mungkin kerajaan akn pertimbangkan.. Dr kerajaan sendiri, akhbar cuma tulis Kerajaan Kaji Pemberian Bonus Penjawat Awam.. Leh cek kat SINI

      Delete
    4. tak da amik hati..cuma ingin tau sejauh mana kesahihan berita tu. thanks :)

      Delete
  3. hahaha... termalu sendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sekadar niat bergurau, sambil ambil pluang mengingatkn sesama kita :)

      Delete
  4. bulan puasa tak baik mainkan perasaan org..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. niatnya bergurau.. jgn marah eh.. smbil kongsikan info ini utk peringatan bersama :))

      Delete
  5. best bonus ni..adil bagi yang tak kerja dengan kerajaan je :D

    ReplyDelete