e

Sunday, July 21, 2013

Alhamdulillah~ Rezeki Ramadhan Di Hari Ahad!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebenarnya hari ni merupakan tarikh akhir untuk Zam menghantar 2 assignment. Satu Pendidikan Seni, satu Pendidikan Khas. Waktu kelas Pendidikan Seni, Zam perasan rakan sekuliah sertakan sekali lampiran hasilan seni mereka bersama assignment. Terkedu sekejap, kenapa Zam tak tahu mengenai perkara tu. Rupanya tutor dah umumkan masa kelas pertama pagi, tapi masa tu Zam masih berada di semenanjung. Memang cuak, nak nak lagi nama Zam yang pertama sekali dipanggil untuk menghantar assignment. Nak tak nak, Zam bagitahu sebabnya. Nasib baik, tutor putuskan untuk terima lampiran tersebut minggu depan, sementara assignment Zam diterima hari ini.. Fuh lega! Masih ada masa untuk membuatnya dengan baik.

Masuk kelas Pend. Khas pula, tiba2 Zam rasa nak cuba nasib untuk request hantar lewat sedikit assignment dengan tutor. Kali ini, assignment dah siap, cuma Zam tak puas hati dengan mutu video yang dilampirkan sekali dengan assignment tersebut. Dengan senang hati, beliau izinkan! Alhamdulillah.. Peluang untuk hasilkan assignment dengan lebih baik, insya Allah :)


10 comments: