e

Tuesday, July 30, 2013

Amina El Shafei, Peserta Masterchef Australia Kacukan Arab Dan Korea



Rasanya Zam perlu berterima kasih kepada Blogger Adik Dayang Deno yang mula mula memperkenalkan Zam secara tak langsung kepada peserta muslim tunggal Masterchef Australia Season 4, Amina El Shafei ini. Kebetulan juga, Astro baru saja memperkenalkan saluran 709 Life Time, jadi Zam kerap menontonnya untuk hilangkan rasa rindu pada Masterchef Selebriti Malaysia 2 yang baru saja tamat pada waktu itu.


Menariknya tentang Amina, selain menjadi peserta tunggal muslim di dalam rancangan realiti tersebut yang telah pun tamat bersiaran pada tahun lepas, terdapat keunikan pada dirinya iaitu latar belakang perkahwinan campur kedua ibubapanya. Ayahnya yang berasal dari Mesir, dan ibunya pula dari Korea Selatan memberikan kelebihan pengalaman pada dirinya dalam menghasilkan variasi makanan bercirikan kedua dua negara itu. 





Amina yang berusia 28 tahun ini juga sering mendapat pujian dalam masakan yang dihasilkannya & tak pernah ada masakannya yang menghampakan juri (memang seorang yang pandai memasak lah). Selain pernah berpeluang bertanding dengan cef terkemuka untuk mendapatkan imuniti, dia juga pernah 2 kali membantu rakannya Mindy untuk mendapatkan imuniti tersebut. Bantuannya sememangnya diperlukan oleh rakan rakan untuk memenangi cabaran berkumpulan, selain sering menjadi ketua yang cemerlang untuk setiap kumpulan yang diwakilinya.

Selain itu, sikapnya yang mesra dengan semua rakannya di dalam Masterchef Australia membuatkan dia disenangi oleh peminatnya, terutama penonton muslim dari seluruh dunia.

PS: Semenjak menonton Masterchef Australia ni, makin semangat Zam nak memasak.. Tiba tiba jadi rajin ke dapur nak nak lagi di bulan ramadhan ni.. Hehe

11 comments:

  1. tak pernah menonton masterchef australia...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam pun bru berpeluang bila kebetulan tambah pakej astro

      Delete
  2. moga beliau terus maju jaya yer

    ReplyDelete
  3. Amboi zam..lepas ni rugi lh org berniaga bazar ramadhan sbb zam dh pandai memasak =)

    ReplyDelete
  4. suka sangat amina, sangat mesra orgnya.. pandai masak pula tu.. paling bangga dia satu2nya peserta muslimdlm rancangan realiti tu :)

    deno sampai lewat kat kl hari ni, kalau tak, teringin sangat jumpa amina di midvalley tadi^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. kalau tak, dah lama boleh jumpa Zam kat mid valley smlm ;D

      Delete
  5. Puas hati tak dapat jumpe Amina hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati.. tp kalau lg lama lagi puas kot.. hehe

      Delete
  6. Oh! I have met her too sebab Astro bawak dia jumpa staff Astro.. below is my experience with her:

    http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/masterchef-amina-elshafei-in-kl-would.html

    ReplyDelete