e

Showing posts with label Amina El Shafei. Show all posts
Showing posts with label Amina El Shafei. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Apa Itu Maamoul?

Assalamualaikum dan selamat malam.

Zam baru tertengok di televisyen, bila seorang chef menyediakan Maamoul. Melihatkannya, Zam tertanya-tanya apa sebenarnya Maamoul ni. Kuih ke?

(SUMBER)

Bila Zam tengok sampai habis rancangan tu, dan kemudian buat carian di Google, baru Zam tahu ia sebenarnya sejenis biskut yang mempunyai inti, seperti buah-buahan (kebisaanya kurma), kekacang, dan resepi ini berasal dari Timur Tengah. Walaupun ia adalah biskut, teksturnya tidaklah begitu rangup.

Wednesday, June 4, 2014

WW: Stalker Awek Setiap Hari


ps: diorang ulang balik siaran Masterchef Australia musim ke 4.. so bolehlah tengok tukang masak amatur kegemaran Zam memasak setiap hari :p

Tuesday, April 22, 2014

Siapalah Yang Terselit Dalam Video Ni?


Ps: Entri ringkas sebab nak balik kerja dah.. Ahak-agak, siapalah individu yang sayup sayup kelihatan dari kejauhan yang ditunjukkan dengan anak panah biru tu.. Agak-agak lepas zoom, boleh kenal pasti tak? Ke tak boleh? hehe

Nak tahu kisah lanjut? Boleh klik SINI. :)

Friday, March 7, 2014

Si Dia Yang Zam Temui Di Mid Valley Ialah..

Assalamualaikum & salam Jumaat semua.. Minggu lepas, Zam hasilkan sebuah entri mengenai kisah pertemuan Zam dengan seseorang yang istimewa di Mid Valley pada Ramadhan 2013. Cuma Zam tak beritahu siapakah dia sebenarnya, & buatkan ramai pembaca yang tertanya-tertanya dia yang Zam maksudkan.

Istimewanya dia pada Zam kerana, dia lah yang menjadi inspirasi kepada Zam untuk bergiat aktif semula dalam bidang yang dah lama Zam tinggalkan- satu bidang yang Zam minat sejak kecil tapi tidak dikembangkan, iaitu bidang masakan. Dan sudah tentu, beliau adalah seorang yang dikenali menerusi bidang yang sama.

Sejak mengenalinya, Zam mula merajinkan diri ke dapur untuk memasak, disamping cuba mempelajari teknik baru dalam masakan (tak terkecuali juga, Zam semakin berminat untuk mencuba makanan-makanan unik yang ada di negara kita). Kelengkapan memasak di dapur pun makin bertambah.

Blog pun mula diisi dengan entri resepi dan makanan selepas itu, selain entri fotografi & personal yang lain.. Secara keseluruhan, kehidupan Zam pun berubah setelah mengenali dia.

Jadi siapakah dia ini? Haa.. Orangnya bertubuh besar, comel, dan beperwatakan ceria selalu. Seorang yang lucu, kelakar & disenangi orang disekelililingnya. Tak hairanlah jika ramai yang mengatakan dia seorang sangat senang didekati. Latar belakangnya juga menarik, dimana ayahnya berbangsa Arab manakala ibunya berbangsa Korea- membuatkan setiap masakannya mempunyai keunikan dari kedua-dua negara itu. Dan orang yang Zam maksudkan itu ialah~

Tuesday, November 19, 2013

Alang-Alang Ke Singapore Tu, Singgahlah Ke Malaysia Sekali ^^



Assalamualaikum & selamat pagi guys.. Entri pagi ni Zam mulakan dengan kisah si inspirasi Zam dalam masak memasak- Amina El Shafei yang akan ke Singapura esok untuk sesi bertemu peminat. 5 peserta bertuah dari FB telah dipilih untuk memenangi pas untuk bertemu secara esklusif dengan beliau.. Dari pengalaman Zam berjumpa dengan beliau sebelum ni di KL, mungkin pogram akan dimulakan dengan sesi memasak di khalayak, kemudian diikuti dengan sesi memasak secara esklusif bersama peminat bertuah. Amina sekarang dalam sesi lawatan ke Asia Tenggara, dan kini berada di Bangkok sebelum ke Singapura esok. 

Hmm.. Alang-alang dah ke Singapore tu, singgahlah Malaysia kejap.. Hehe

PS: Rasanya Blogger Lily Putih pernah berpeluang turun shopping bersama Amina tempoh hari.. Beruntungnya... ^^

Thursday, October 24, 2013

Buku Simply Sedap Chef Wan Untuk Amina



Beberapa hari sebelum bertemu Amina, Zam terfikir untuk belikan sesuatu untuknya.. Sebagai tanda ingatan dari peminat lah kiranya.. Waktu tu Zam masih di Kuching, jadi Zam ke MPH untuk mencari buku resepi dalam bahasa Inggeris untuknya yang bertemakan masakan Malaysia. Zam mulanya rancang nak beli buku The Best Of Chef Wan, tapi bila difikirkan balik, lebih baik Zam beli di MPH KL saja sebelum berjumpa dengannya. Tak lah nanti bawa banyak barang bila pulang ke KL.

Wednesday, October 16, 2013

Susulan Entri Adik Syarifah Aini Dalam MasterChef Australia Musim Ke 5 2013

Tak sangka- itu yang terlintas di fikiran Zam apabila entri yang disediakan sebelum ini- Adik Beradik Sharifah Aini Dalam MasterChef Australia Musim Ke 5 mendapat hit yang agak tinggi. Mungkin kerana tajuknya membuatkan pembaca ingin tahu adakah benar adik Sharifah Aini benar-benar memasuki MasterChef Australia, kerana ia adalah program luar negara. 

Wajahnya Iras Biduanita Negara- Dato' Sharifah Aini

Dari video yang dipertontonkan dalam entri sebelum ini, sewaktu mula-mula menontonya, Zam tiba-tiba teringatkan pada Dato' Sharifah Aini. Wajahnya iras-iras. Dan disebabkan itulah, timbul idea Zam untuk menghasilkan entri tersebut.

Samira El Khafir, Peserta Muslim Di MasterChef Australia Musim Ke 5 2013


Monday, September 30, 2013

Ubati Kerinduan Pada Dia

Ada masanya, Zam rindu nak tengok telatahnya di dapur Masterchef Musim 4. Comel, ceria, dan kebolehan memasaknya menghiburkan. Kebetulan, Jumaat lepas dia kembali beraksi di dapur Masterchef All Star sebagai chef jemputan membantu rakan senior dari Masterchef Musim 2, Callum. Dan petang ini, ulangan siaran akan ditayangkan pada pukul 6 nanti.. Dapatlah lepaskan rindu sekejap :)

Tuesday, July 30, 2013

Amina El Shafei, Peserta Masterchef Australia Kacukan Arab Dan Korea



Rasanya Zam perlu berterima kasih kepada Blogger Adik Dayang Deno yang mula mula memperkenalkan Zam secara tak langsung kepada peserta muslim tunggal Masterchef Australia Season 4, Amina El Shafei ini. Kebetulan juga, Astro baru saja memperkenalkan saluran 709 Life Time, jadi Zam kerap menontonnya untuk hilangkan rasa rindu pada Masterchef Selebriti Malaysia 2 yang baru saja tamat pada waktu itu.