e

Wednesday, October 16, 2013

Susulan Entri Adik Syarifah Aini Dalam MasterChef Australia Musim Ke 5 2013

Tak sangka- itu yang terlintas di fikiran Zam apabila entri yang disediakan sebelum ini- Adik Beradik Sharifah Aini Dalam MasterChef Australia Musim Ke 5 mendapat hit yang agak tinggi. Mungkin kerana tajuknya membuatkan pembaca ingin tahu adakah benar adik Sharifah Aini benar-benar memasuki MasterChef Australia, kerana ia adalah program luar negara. 

Wajahnya Iras Biduanita Negara- Dato' Sharifah Aini

Dari video yang dipertontonkan dalam entri sebelum ini, sewaktu mula-mula menontonya, Zam tiba-tiba teringatkan pada Dato' Sharifah Aini. Wajahnya iras-iras. Dan disebabkan itulah, timbul idea Zam untuk menghasilkan entri tersebut.

Samira El Khafir, Peserta Muslim Di MasterChef Australia Musim Ke 5 2013


Jika sebelum ini Zam sering menghasilkan entri tentang Amina El Shafei, peserta berketurunan Korea & Arab di MasterChef Australia Musim 4 2012, kali ini Zam tampilkan seorang lagi peserta Muslim dalam siri terbaru MasterChef Australia Musim Ke 5 2013~ Samira El Khafir. Suri rumah dengan 2 orang anak perempuan ini pastinya memberikan sedikit sebanyak variasi dalam menu-menu yang diperkenalkan dalam rancangan tersebut, terutamanya hidangan dari Timur Tengah. Dan di dalam episod pertama lagi, hidangan beliau- fatteh josh menjadi masakan yang paling menyerlah bagi cabaran berkumpulan. 

Samira bersama keluarganya

Dan untuk makluman pembaca, rancangan MasterChef Australia Musim ke 5 ini sedang disiarkan di saluran 709 Astro- LIFE TIME pada hari Isnin hingga Jumaat-pukul 7 malam dan ulangannya pada pukul 11 malam.

18 comments:

  1. memang nampak serupa wajah beliau......

    ReplyDelete
  2. yelah memang ada iras Sharifah Aini lah...

    ReplyDelete
  3. Mmg iras mcm adik beradik dgn biduanita negara.
    Amboi zamani, mata tajammmm sguh la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. terperasan sedikit keirasan.. haha betulkah ayat ini?

      Delete
  4. baguslah di australia tiada diskriminasi terhadap muslim.

    ReplyDelete
  5. Ada la sikit cenonet yang sama. hahah!

    Tapi Syaripah Aini lagi comel laaa.. hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. skli pandang tu, nampak mcm sma wlpun tak serupa

      Delete
  6. betul la yg deno tanya abe tu kan, Samira ada dlm masterchef australia season5 ni^^

    ReplyDelete
  7. memang iras-iras dengan sh. aini.

    ReplyDelete