e

Thursday, July 4, 2013

Biasakan Diri Tidak Menyimpan Gula Di Rumah


Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Idea untuk tidak menyimpan gula di rumah ini sebenarnya datang dari seorang rakan berbangsa Cina yang mengesyorkan tips kesihatan kepada Zam. Dan akhir-akhir ini, Zam mula mempraktikkannya di rumah. Jika terasa ingin meminum sesuatu selain dari air kosong, Zam akan buat Milo pekat tanpa gula atau susu pekat manis. Dan bila Zam ceritakan apa yang dipraktikkan ini kepada rakan lain, mereka juga mengiakan dan mengatakan mereka yang terdiri dari keluarga berbangsa Cina jarang menyimpan atau mempunyai stok gula yang banyak dirumah. Jika ada, kegunaannya lebih kepada tujuan memasak.

Mungkin ada yang berminat untuk mempraktikannya  di rumah, jadi anda boleh mulakannya secara perlahan-lahan mulai sekarang. Selamat mencuba ya ;)

PS: Bagi anda yang ingin menjaga berat badan, bolehlah amalkan tips ini.. Minuman & makanan manis, seperti yang diketahui ramai adalah antara penyebab kepada masalah obesiti.

16 comments:

  1. Kalau kat umah takde gula rasa haru biru . Haha. Mule menggelabah beli kat kedai malam2 jugak, haih bila nak berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mmg kita terbiasa macam tu dah kan

      Delete
  2. klu kt umah kte msti kene ada gula...wajib! emmm susah nk amalkan mula2 ni...tp utk kshtan kn

    ReplyDelete
  3. yup. tp gula tetap kena ada.nak masak susah.hehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ok juga :)) kurangkn gula dlm hidangan, tmbhkn mnis dlm senyuman.. hehe

      Delete
  5. cik akak memang jarang minumair bergula nie....
    Tapi satu tabiat yang tak boleh lupa....minum air bergas...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuu... boleh lh sama2 cuba kurangkan.. k

      Delete
  6. Memang kena simpan jugak stok gula sebab mama tukang masak. hihi

    ReplyDelete
  7. rumah saya ni, gula sekilo boleh tahan sampai berbulan sebab org rumah ni jarang sgt guna gula..

    ReplyDelete
  8. rasenye,cam boleh agak jer sape yang bgth tu..kah kah kah
    :P

    ReplyDelete