e

Wednesday, July 3, 2013

Melayan Ketagihan Wasabi



Assalamualaikum & selamat malam. Baru-baru ni Zam ke Kompleks Islam Sarawak di Kuching yang baru dirasmikan untuk mencuba sushi dari Yukimi Sushi. Sejak menikmati sashimi dari Restoran Miyagi dulu, Zam asyik teringat kelazatan menikmati makanan Jepun dengan wasabi. Ketagihan wasabi sebenarnya ni, jadi Zam mencubanya dengan sushi pula. (Untuk pengetahuan pembaca, Sushi dalam gambar diatas dibuat dari rumpai laut & telur ikan)

Sedikit info tentang Yukimi Sushi: 


Sewaktu Zam mula-mula ke sana tahun lepas, restoran yang terletak di Matang ini terpaksa mengehadkan pengeluaran beberapa menu hidangan Jepun untuk memberi laluan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak melakukan penyelidikan tentang status halal produk yang digunakan. Alhamdulillah, kini ia kembali berniaga seperti biasa di kawasan yang baru (Kompleks Islam Sarawak). Ia diusahakan oleh peniaga bumiputera muslim, & Yukimi sebenarnya adalah nama anak perempuan kepada pemilik restoran ini yang dilahirkan di Jepun sewaktu mereka suami isteri berada di sana ;)

16 comments:

  1. Seriously, even satu kali pun tak pernah makan sushi seumur hidup. Kesian kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah bila berpeluang nt, boleh cuba :) yg penting halal

      Delete
  2. eish tak pedas ke wasabi..sy mkn pun xthan..rasa dia tak dapat dgmbarkan dgn kata2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pedas, tp xtahulah knp zam sukakn rasa thrill bl mkn wasabi..heh2

      Delete
  3. Wahhh.! Best laa dapat makan wasabi..
    eiqaa nk makan tapi x kesampaian lagi.. :(
    Ibu ade offer tp time tu malas pulak nk rasa..
    So melepasss..
    Nak rse pedas dorang ckap tu macam mne..

    ReplyDelete
  4. Saya suka sangat makan sushi tapi wasabi langsung xbole makan. Pedas gile kan, smpai kuar air mata hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. rasa nk menggelupur pn ade.. haha

      Delete
  5. Teringin juga cik akak nak makan dik zam tapi cik akak tak tahan pedas..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. takpe kak.. takut kang, ada yg marah zam nt.. hehe

      Delete
  6. saya xpernah makan wasabi sbb tak berani nak cuba..tapi kalau sushi ok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ramai yg berpendapt mcm ni.. takpe.. mkn mn yg kna dgn selera je

      Delete
  7. fae banyak try masakan korea. now masakan jepun lagi hehe.

    ReplyDelete
  8. timm suka wasabi jugk! sushi yg dibuat oleh org muslim? nk cuba2!! slalu g sushi king saja..

    ReplyDelete