e

Showing posts with label Sushi. Show all posts
Showing posts with label Sushi. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Etika Makan Sushi.. Nak Makan Sushi Kena Terbalik Dulu!

Assalamualaikum dan selamat malam.

Tentu ada di kalangan pembaca blog Zam merupakan peminat makan Jepun, terutamana sushi ini. Ia adalah hidangan ringkas yang biasa dipesan ketika mengunjungi mana-mana restoran makanan Jepun, dan tak keterlaluan jika Zam katakan sushi adalah makanan Jepun yang terawal dikenali oleh rakyat Malaysia, dan rakyat kita terlebih dahulu mengenali makanan Jepun menerusi sushi sebelum menu-menu lain seperti sashimi, tempura dan takoyaki.

Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa menikmati sushi ada juga etikanya. Haa.. Yang ini, bukan anda je yang baru tahu, sebab Zam pun baru tahu hari ini. Haha.. Lepas baca kesemua etika ini, baru Zam tahu cara Zam makan sushi selama ni ada yang salah, terutamanya ketika mencelup sushi ke dalam shoyu (kicap).. Hehe.. 

Dan info yang paling menarik bagi Zam ketika memakan sushi ialah, bahagian lauknya perlulah diletakkan mencecah lidah, bukannya bahagian nasi. Maksudnya, nak makan sushi kena terbalikkan dulu sushi tu. Mungkin nak memaksimakan kesedapan rasa sushi itu bila kita memakannya sebab bahagian lauk yang mempunyai lebih banyak perisa berbanding bahagian nasi.. Kan?



Wednesday, July 3, 2013

Melayan Ketagihan Wasabi



Assalamualaikum & selamat malam. Baru-baru ni Zam ke Kompleks Islam Sarawak di Kuching yang baru dirasmikan untuk mencuba sushi dari Yukimi Sushi. Sejak menikmati sashimi dari Restoran Miyagi dulu, Zam asyik teringat kelazatan menikmati makanan Jepun dengan wasabi. Ketagihan wasabi sebenarnya ni, jadi Zam mencubanya dengan sushi pula. (Untuk pengetahuan pembaca, Sushi dalam gambar diatas dibuat dari rumpai laut & telur ikan)

Sedikit info tentang Yukimi Sushi: