e

Monday, July 8, 2013

Guru Penolong Kanan SK Beris Panchor, Bachok Di Tembak Mati

(Gambar di tempat kejadian)


BACHOK – Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.
Assalamualaikum & selamat petang. Terkedu bila melihat beberapa gambar yang dimuat naik di beberapa buah blog berkaitan seorang guru SK Beris Panchor, Bachok yang ditembak mati petang tadi sewaktu keluar dari perkarangan sekolah. Motif sebenar masih tidak diketahui, dan perkara ini betul-betul menggemparkan seluruh negara. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, & semoga kes ini dpat diselesaikan dengan segera oleh pihak berkuasa.

PS: Ini merupakan kejadian kedua yang melibatkan kes tembak guru dalam tempoh 4 hari ini di negeri Kelantan.. Kebetulan, atau ada perkaitan, wallahualam.. Semoga selepas ini tiada lagi kes-kes seperti ini berlaku.. Nauzubillahiminzalik.. Al Fatihah buat mangsa..

Entri berkaitan: Gambar Allahyarham Cikgu Hashim Mat Zin



3 comments:

  1. Ada dengar jugak tadi, family duk riuh satu rumah pasal cerita nie...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, singgah kali pertama dan follow. Sudilah ke blog saya dan follow. terima kasih.

    Macam-macam kes sekarang ni. Takut dengarnya.

    ReplyDelete
  3. Terkejut dengar berita tembak-menembak ni..

    ReplyDelete