e

Showing posts with label guru ditembak di bachok. Show all posts
Showing posts with label guru ditembak di bachok. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Al Fatihah Buat Cikgu Hashim Bin Mat Zin, Guru PK HEM SK Beris Panchor Yang Ditembak Petang Tadi



Al Fatihah buat Cikgu Hashim Bin Mat Zin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sek. Ren. Beris Panchor yang dilaporkan ditembak sewaktu keluar dari perkarangan sekolah petang tadi. Allahyarham yang berusia 43 tahun dilaporkan sempat memandu sejauh 300 meter sebelum berhenti di sebuah rumah berdekatan sekolah tempat beliau bertugas. Untuk artikel mengenainya, anda boleh hit pada pautan ini: 



Guru Penolong Kanan SK Beris Panchor, Bachok Di Tembak Mati

(Gambar di tempat kejadian)


BACHOK – Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.