Assalamualaikum & selamat petang. Selepas menulis entri tentang lasagna sebagai menu berbuka puasa baru baru ini, ramai yang bertanyakan resepi dari Zam. Jadi dalam kesempatan yang terluang ni, Zam akan kongsikan resepi mudah untuk membuat lasagna, olahan Zam sendiri dengan berpandukan resepi sedia ada & Youtube.
Resepi yang digunakan dapat menghasilkan lasagna dalam 2 bekas aluminium berukuran 21cm x 12cm seperti diatas.
Bahan-bahan untuk inti
500 gram daging kisar (hari tu Zam tak jumpa daging kisar, jadi Zam gunakan bebola daging sebagai alternatif. Cuma kena hiris kecil-kecil sebelum dimasak)
2 labu bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
2/3 tin tomato puri
2/3 tin tomato puri
3 biji tomato (diptong kasar)
garam secukup rasa (tomato puri dah sedia masin, jadi jangan sampai terlebih garam ek)
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
beberapa keping lasagna ikut kesesuaian
Bahan-bahan untuk topping
3 cawan susu segar
3 sudu tepung gandum
1/5 keju Philadelphia
secubit garam
sedikit serbuk lada sulah
Cara Membuat Inti
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian, masukkan lobak. Apabila lobak kelihatan seperti separuh masak, masukkan daging cincang. Goreng sehingga kelihatan sedikit garing. Selepas itu, masukkan tomato puri, dan kacau sehingga mesra. Tambahkan garam & gula. Masukkan juga hirisan tomato ke dalamnya. Biarkan mendidih untuk 20 minit. Jika kelihatan agak kering, masukkan sedikit air.
Cara Membuat Topping
Bancuhkan susu dan tepung gandum di dalam periuk tanpa menghidupkan api. Apabila bancuhan agak sebati, hidupkan api secara sederhana dan kacau sehingga pekat. Masukkan keju, garam dan sedikit lada sulah. Kacau bancuhan sehingga ia menjadi likat & tepu.
Cara Penyediaan
Mulakan lapisan di dalam kotak pembakar aluminium dengan inti. Kemudian, letakkan sekeping lasagna ke atasnya. Ulangi proses ini sehingga 6 lapisan (inti, lasagna, inti, lasagna, inti, lasagna). Kemudian, letakkan topping ke atasnya. Panaskan ketuhar dengan api atas bawah dengan suhu 180 darjah selsius, dan bakar selama 25-30 minit. Untuk mengetahui samada lasagna sudah siap dimasak, cucuk dengan lidi.
Resepi ini sebenarnya mudah, dan bergantung kepada anda untuk mengolahnya sendiri mengikut kesesuaian. Untuk video Youtube yang dimaksdukan, anda boleh hit pada pautan ini: http://www.youtube.com/watch?v=XNAnfWpWEMg. Video ini akan memudahkan anda untuk memahami cara menghasilkan lasagna secara ringkas dan mudah. Selamat mencuba ya ;)
sedap nyaaaaa... mcm nk cuba buat jeee hihii
ReplyDeletesilakan~ ;)
Deleteemmmmmm memang sedap lasagnia ni! peberet deno juga kalau ke restoran western! lagi2 lasagnia seafood! dgn chees lagi.... emmmm sedpanya!
ReplyDeletep/s: cerita pasal hantu tu cerita tahun lepas semasa deno masuk wad sebulan:)
yg seafod tu, nak cube ar len kali :)
Deleteoo gitu ek.. huhu
tengok meleleh je...
ReplyDeleteJom Baca sini:
boleh buat jugak, cuba2 :))
Deletefae suka makan lasagna. tapi x reti nak buat. huhu. malas nak belajar buat. hahahahahha.
ReplyDeleteisk2.... ;)
Deleteassalamualaikum zamani...sedap nyer boleh buat nanti..;)
ReplyDeletewaalaikumsalam kak.. boleh.. silakan :) nt share kat blog :)
Deletewow buat sendiri nampak.
ReplyDeletesaje nak main masak2.. hehe
Delete:)) thanks
ReplyDeleteKyra mmg hantu lasagna ni.. fav sungguh.. ada resipi ni bleh try, thanks ya..
ReplyDelete