e

Saturday, July 13, 2013

Rindukan Suasana Ramadhan Di Serdang, Zam Buat Keputusan Pulang Ke Semenanjung

Kerana Gulai Lemak Ikan Keli..

Di Kuching semalam (Jumaat), tiba-tiba Zam teringin nak makan Gulai Lemak Ikan Keli di Serdang. Itu antara menu kegemaran Zam ketika bulan puasa, dan biasanya Zam dapatkan dari Bazar Ramadhan Taman Sri Serdang. Dalam masa yang sama, Zam rindukan suasana berbuka puasa dengan keluarga di sana. Di Kuching, Zam menyewa seorang, jadi waktu bersahur & berbuka dirasakan hambar.

Semuanya gara-gara seorang rakan guru yang menyebut-nyebut tentang gulai tersebut sebelum itu. Sudahnya, Zam teringin nak makan Gulai Lemak Ikan Keli di Serdang & teringat pada keseronokan berbuka dengan keluarga. Terus Zam rasa nak balik Semenanjung pada petang itu juga. Pukul 12 tengah hari sebelum solat Jumaat, Zam cari tiket, & alhamdulillah terjumpa dengan tiket yang agak murah, jadi Zam buat keputusan nekad untuk pulang ke Semenanjung dengan penerbangan pada pukul 4.40 petang hari yang sama. Perkara tu dirahsiakan dulu, sebab niatnya nak buat kejutan di depan keluarga pada waktu berbuka..

Dan alhamdulillah, semalam Zam berjaya juga buat kejutan depan keluarga.. Hehe.. Itu memang menjadi hobi Zam, sejak menetap di Kuching 8 tahun lalu..

12 comments:

  1. wahhhh bestnya dapat berbuka dengan keluarga :)

    ReplyDelete
  2. Memang best kalau dapat berbuka dengan keluarga kan dik zam :)

    ReplyDelete
  3. seronok kalau buat surprise balik kg ..

    sebelum mggu puasa , dah buat surprise ... tak ke tekejut my parents nmpk sya dan abg ketuk pintu pukul 7 pagi dengan muka bagn tidur , tidur dlm kereta gamaknya .. :3

    ReplyDelete
  4. Bestnye gulai siput... Eh! Lari topik.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same kat gulai lemak tu la.. Tahu tu feveret Along :))

      Delete