e

Thursday, July 4, 2013

Risiko Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi

Assalamualaikum dan selamat petang. Baru baru ini beberapa rakan Whatsapp Zam hangat bercerita tentang kenalan mereka yang ditimpa kemalangan di sebuah lebuh raya di Sepang. Mangsa-seorang penungang motosikal berkuasa tinggi bersama pembonceng dikatakan merempuh belakang sebuah lori yang tiba-tiba memasuki lorong laluan mereka (lane laju). Apa yang menyedihkan, kedua duanya yang masih muda meninggal dunia di tempat kejadian.

Mungkin itulah risiko yang dihadapi oleh penunggang motorsikal besar ini. Pendapat tipikal sesetengah orang, jika kemalangan berlaku melibatkan penunggang ini, akibatnya antara hidup atau mati saja.  Tambahan pula dengan sikap sambil lewa sebilangan pemandu lain terutama yang memandu kenderaan berat. Mungkin kita dah cukup berhati hati, tetapi disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang lain, kita yang mendapat susah.

Pengalaman Zam, pernah juga merasa menaiki motor besar, tapi sekadar menjadi pembonceng. Perasaannya, memang thrill habis, apatah lagi untuk perjalanan yang mengambil masa agak lama. Memang adakalanya cuak tapi yang penting, cukup mengujakan. Cuma yang tak bestnya, bila kami hampir hampir merempuh sebuah kereta yang keluar dari simpang secara tiba-tiba. Adoilah...

Apapun bagi penunggang di luar sana, berwaspadalah selalu walau dimana sahaja ada berada. Begitu juga dengan pemandu kenderaan berat yang lain, jangan fikir anda besar, andalah raja di jalan raya.. 

 
(gambar sekadar hiasan)

16 comments:

  1. mmg bahaya zaman skang ni kalau bawa motor. x kira motor biasa or motor berkuasa tinggi. kedua2nya punya risiko yg sama

    ReplyDelete
  2. ye! motor ade risiko nye.. kite dah berhati3 tpi pengguna len yg sambil lewa hmmm

    ReplyDelete
  3. pernah naik motor Aprillia, memang teruja kalau naik tapi sakit belakang ler...hehe

    ReplyDelete
  4. superbike memang gaya dan mantap...tapi risiko tulah bila xcident... selalunya yang akak dengar innalillah jer... risau jer kalau dengar kawan2 xcident naik superbike.... inikan lagi kalau husband sendiri nak beli superbike...he he he...siapa x sayang laki oiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mantap.. nampak maskulin.. haa faham sgt ayat terakhir tu.. hehe

      Delete
  5. memang berisiko. kalau accident memang teruk. sebab motor besar ni dia yg control kita.

    ReplyDelete
  6. berhati hati dijalan raya..kelajuan membunuh... kecuaian boleh berlaku di mana mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesanan ikhlas sempena musim perayaan :))

      Delete
  7. tak lagi naik motosikal berkuasa tinggi...teringin jugak nak naik suatu hari nnti:)

    ReplyDelete
  8. memang bahaya pun...jadi pembonceng pun main peranan kalau naik superbike ni..

    ReplyDelete