Assalamualaikum & Selamat Petang. Hari ini, ramai yang memperkatakan tentang sikap segelintir pengguna laman sosial yang mengkritik perkahwinan kedua seorang Ustaz yang berlangsung baru-baru ini. Entah kenapa, ada yang terlebih emo dalam memperkatakan sesuatu yang dihalalkan. Mungkin kerana status nya seorang ustaz, maka ada yang mula memandang serong seolah-olah ia sesuatu yang salah. Hendak menghukum salah seorang yang mengamalkan sunnah, dengan mengaitkan kes-kes poligami yang tidak berjaya, adalah sesuatu yang tidak adil. Daripada memandang secara negatif, ada baiknya berlapang dada dan memandang dari sudut positif. Tidak kah ada nasib perempuan yang terbela bila dia bersuami? Paling penting, ada lelaki yang dapat menjaganya. Salahkah?
PS: Berhati-hatilah dengan apa yang dikatakan..
PS: Berhati-hatilah dengan apa yang dikatakan..
No comments:
Post a Comment