e

Monday, August 12, 2013

Tips Untuk Melihat Hujan Meteor Di Ruang Angkasa Malaysia Malam Ini (Isnin 12 Ogos 2013) Sehingga Subuh Esok (Selasa 13 Ogos 2013)




Tips Untuk Melihat Hujan Meteor di ruang angkasa Malaysia malam ini (Isnin 12 Ogos 2013) sehingga Subuh esok (Selasa 13 Ogos 2013).

Di Malaysia, buruj Perseus tetap dapat dilihat jelas kerana berada di ketinggian serendah 35 darjah. Masyarakat Malaysia boleh melihat fenomena ini apabila cuaca cerah, jauh dari pencemaran cahaya ke arah timur laut serta tidak terhalang oleh sebarang objek. Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. Antum boleh mengarahkan pandangan ke timur laut pada waktu tersebut sehingga menjelang subuh. Tidak perlu menggunakan alat.



Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:

1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.
2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.
3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.
4. Duduk santai sambil mengarahkan pandangan ke selatan hingga ke timur laut.
5. Berdoa agar langit di lokasi anda cerah dan tidak mendung.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Fenomena alam yg berlalu pd 5 Syawal.. Moga beroleh manfaat.


12 comments: