e

Saturday, August 24, 2013

JOHARA Pagi Era Terima Ancaman Bunuh



Apa kes sebenarnya ni? Mungkin tidak ramai yang tahu, gara-gara mengeluarkan kata-kata yang membangkitkan kemarahan peminat bola sepak Sarawak, krew Johara menerima impak yang sangat besar. Berikut adalah kisah yang dikongsikan seorang rakan di FB:

MIRI - Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan. Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini. 

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini. Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara. "Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010. 

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti. Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana. Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak. 

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara. Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio. "Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini. "Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya. Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari. Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama

8 comments:

  1. Bergurau pun kena ada batasnya.. Hati manusia xsume sama.. Mohon maaf jln yg terbaikk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila melibatkan negeri, mmg ramai lah yg marah..

      Delete
  2. susah nak kata dik
    cik akak pon orang sarawak juga...
    terasa pun memang terasa...benda dah jadi nak buat cam mana kan....
    Nak tegakkan benang yang basah tu belum pasti....
    Tapi satu hal yang cik akak tahu....
    Orang sarawak nie memang peramah dan pemaaf....
    Tapi bila bab mencemarkan nama sarawak cik akak tak berani nak kata apa....
    Mungkin adik pernah dengan agik hidup agik ngelaban maksudnya selagi hidup selagi berjuang....pegangan anak jati sarawak....hihi...

    nak bergurau pun kena jaga mulut....terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata buruk padahnya...hihi

    ReplyDelete
  3. kerana mulut kan merana badan...kena lah meminta maaf, masih syawal ni...

    ReplyDelete