e

Wednesday, August 21, 2013

Kabinet Tolak Syor Peminjam PTPTN Dirujuk CCRIS



PUTRAJAYA: Kabinet sebentar tadi memutuskan tidak akan meneruskan cadangan menyenarai hitam peminjam ingkar di bawah Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Keputusan itu dibuat mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini. 

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. "Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akuan Twitternya, sebentar tadi. 

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, Pemuda membantah cadangan itu masalah peminjam ingkar wajar ditangani menggunakan tindakan sedia ada, termasuk pelbagai makanisme kutipan daripada peminjam. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini mengumumkan peminjam PTPTN yang ingkar membayar pinjaman disenarai dalam CCRIS berkuat kuasa bulan ini.

PS: Thanks kepada Bro Hasrul Hassan untuk info ini. Sumber dari BH.

20 comments:

  1. Itu la.. Along baru nak buat entri ni.. Tapi ok la sini dah ada.. :)

    ReplyDelete
  2. nasib baik tak jadi..tapi bayar tetap bayar

    ReplyDelete
  3. Thanks to KJ sebab faham golongan muda,btw nice info bro :)

    ReplyDelete
  4. batal tak batal, hutang tetap hutang..nice info bro :)

    ReplyDelete
  5. Ramai le tarik nafas pnjang..
    Tdak mmg rmai xleh bgaya ngan kereta baru.
    Hehe

    ReplyDelete
  6. Harap selepas ini, buat perancangan rapi dulu sebelum iuar-uarkan pada masyarakat.

    ReplyDelete
  7. perancangan dan kajian yang terperinci di perlukan ..apa pon hutang mmg perlu di bayar

    ReplyDelete
  8. kabinet just hold on..mungkin tunggu masa yang sesuai kot..nway bayar tetap kena bayar even tak ikut schedule..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu juga yg zam dgr, tangguh.. bayar, mmg kna byr

      Delete