e

Thursday, August 15, 2013

Lelaki Pukul Isteri Serah Diri Pada Polis

Assalamualaikum dan selamat malam. Terbaca sebentar tadi di blog RELEVAN SOKMO berita berkaitan Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Serah Diri Kepada Polis. Alhamdulillah, semoga jalan penyelesaian terbaik dengan tindakan undang-undang yang setimpal akan dikenakan dalam memberi kesedaran kepada orang awam.




GEORGETOWN: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.


"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.
"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.
Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang.
PSNak minta tolong anda sekalian komen kat link entri ni boleh? Tolong Aku Sound Dak Blogger Baru Ni Boleh Tak?

15 comments:

  1. Dkt je dgn umah Muz ni, buat malu kaum jer...

    ReplyDelete
  2. saya kenal dgn dia ni, pernahla beberapa kali masuk meeting sama...Cerita peribadi tu, tak taulah sangat. Kenal-kenal gitu je, dah satu jabatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi kenalan beri komen.. hmm misteri nya sikap org ni, kn

      Delete
  3. urmm sedihnya, bila syg dibelai. bila benci dibelasah.. alahai sang suami yg dayus

    ReplyDelete
    Replies
    1. nauzubillah.. minta dijauhkan dr ahli keluarga kita ditimpa mcm tu

      Delete
  4. Kesian dgn anak2..mesti trauma tgok mak dorang kena pukul ...zalimnya seorg lelaki..

    ReplyDelete
  5. rasanya suami dia tu ada msaalh otak kot..suka2 je nk pukul org

    ReplyDelete
  6. saya harap kes2 mcm ni takkan jadi lagi dah

    ReplyDelete
  7. alahai......kalau tak suka jangan nak pukul kaum wanita...gunakan hak anda sebagai lelaki bukan gunakan kaki tangan.....!

    ReplyDelete
  8. pedoman utk para suami, jgn lakukan sesuka hati pada isteri. Hukum dunia pun tak lepas, inikan pula akhirat.

    ReplyDelete
  9. Zamani, akak nak tanya. Memang ramai ke lelaki yang macam ni? Ini yang kita dapat, yang di laporkan. Yang di simpan, berapa banyak lagi lah agaknya kan.

    ReplyDelete
  10. emmm... tak suka lelaki yang suka pukul perempuan.. kalau perempuan tu salah, boleh buat dgn perkara lain kan yg lebih elok

    ReplyDelete
  11. lelaki yg ada zero respect kat bini sendiri ni secara umumnya tak respect pada perempuan langsung in general, agaknya mak dia bukan seorang perempuan kot... mungkin dia telah dikandungkan dlm usus besar dan kemudiannya dilahirkan via asshole seorang lelaki, which explains why his behavior is like shit... lol

    ReplyDelete