Sambungan kisah semalam dari entri Selamat Pagi Putrajaya. Selesai mengalas perut dengan biskut raya di kuarters rakan pagi semalam sebelum sarapan, Zam terus berkerja di dapur. Peralatan dan bahan masakan di dapurnya lebih lengkap dari rumah Zam di Kuching, jadi Zam dapat mencuba sesuatu yang berlainan dari apa yang Zam biasa masak. Ternampak bungkusan Mee Tarik keluaran Mamee di dalam laci dapur, jadi Zam terfikir sesuatu. Tentang resepinya, Zam akan kongsikan selepas solat Jumaat ya. Insya Allah ;)
RESEPI MAMEE GORENG (Cadangan untuk hidangan 2 orang)
2 paket Mamee Tarik (Kari)
1 paket perencah kari Mamee Tarik
3-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daging kisar (anggaran mengikut kesukaan anda)
Sedikit ketumbar
Sedikit garam
Sedikit air
Kicap (Saus Manis ABC)
Minyak untuk menumis
CARA-CARA
RESEPI MAMEE GORENG (Cadangan untuk hidangan 2 orang)
2 paket Mamee Tarik (Kari)
1 paket perencah kari Mamee Tarik
3-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daging kisar (anggaran mengikut kesukaan anda)
Sedikit ketumbar
Sedikit garam
Sedikit air
Kicap (Saus Manis ABC)
Minyak untuk menumis
CARA-CARA
- Rebus mee sehingga lembut dan kenyal. Tos, dan ketepikan
- Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat sehingga terbit bau. Masukkan pula sedikit ketumbar yang dikisar kasar (amaun mengikut kesukaan anda. Jika mahu rasa ketumbar yang agak kuat, boleh masukkan lebih)
- Masukkan daging kisar, dan goreng sehingga agak garing.
- Bancuh 1 paket perencah kari di dalam 3 sudu besar air, dan masukkannya ke dalam bahan gorengan. Masukkan juga sedikit garam, dan pastikan ia tidak terlalu masin.
- Tuangkan sedikit saus manis ABC, dan seimbangkan rasa masin dan manis mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali, masukan mee yang telah direbuskan ke dalam bahan gorengan, dan masak sehingga agak kering.
- Angkat, hidangkan di atas pinggan dan hias dengan bawang goreng, hirisan telur dadar dan daun sup
-Sekarang ni, setiap kali ke pasaraya di bahagian makanan dan berada di dapur, Zam rasa semangatnya lain macam sikit.. Pengaruh Masterchef Australia agaknya.. Hehe
PS: Nak minta tolong anda sekalian komen kat link entri ni boleh? Tolong Aku Sound Dak Blogger Baru Ni Boleh Tak? http://bit.ly/1eLBneX
wah untung siapa jadi permaisuri hati zam nanti, sebab zam ada bakat memasak dan boleh membantu memasak bila dah berumahtangga nanti... *_^
ReplyDeletepenangan dari masterchef la nie yerk...isk..isk...
ReplyDeletetak sabar nak salin rsepi ni hehehe
ReplyDeletesalam. tq singgah blog Alycia. Jom join GA Raya Dari Alycia
ReplyDeletehttp://myalycia.blogspot.com/2013/08/giveaway-raya-dari-alycia.html
amboi, sedapnya ;)
org dah nmpak mi nih..balik kerja nnt nak buat la..nnt teringat lak.
ReplyDeleteMacam maggi goreng telur bungkus lak.huhu
ReplyDeletenampak sedap..boleh try lepas ni..huhu
ReplyDeletepandai abe masak.. deno masak2 yg simple boleh la.. itu pun resepi drp ma deno :)
ReplyDelete