Sambungan kisah semalam dari entri Selamat Pagi Putrajaya. Selesai mengalas perut dengan biskut raya di kuarters rakan pagi semalam sebelum sarapan, Zam terus berkerja di dapur. Peralatan dan bahan masakan di dapurnya lebih lengkap dari rumah Zam di Kuching, jadi Zam dapat mencuba sesuatu yang berlainan dari apa yang Zam biasa masak. Ternampak bungkusan Mee Tarik keluaran Mamee di dalam laci dapur, jadi Zam terfikir sesuatu. Tentang resepinya, Zam akan kongsikan selepas solat Jumaat ya. Insya Allah ;)
