e

Tuesday, September 24, 2013

Anak Yatim Kehilangan Ayah Perlukan Seorang Fatherfigure



Assalamualaikum dan selamat petang. Terlebih dahulu, Zam nak ucapkan terima kasih atas kunjungan dan komen rakan-rakan di entri Wordless Wednesday sebelum ini. Apa yang Zam hendak fokuskan pada entri kali ini ialah berdasarkan 1 komen yang diterima dalam entri tersebut yang dirasakan menarik untuk dikongsikan:

Anak Yatim Kehilangan Ayah Perlukan Seorang 'Fatherfigure'

"Anak yg kehilangan bapa memerlukan fatherfigure drpd saudara lelaki yg terdekat, begitu juga jika kehilangan ibu. Keluarga yg rapat akan mengurangkan rasa kehilangan itu."


Kata-kata diatas merupakan petikan dari komen SENTEBALE-HK di entri tersebut. Zam rasa terpanggil untuk mengulas, kerana itulah istilah yang tepat untuk menggambarkan pendapat Zam sebelum ini bila melayan kerenah anak-anak buah di rumah.

FATHERFIGURE. Sebagai saudara lelaki- Zam, abang dan adik Zam tentu peka dengan keadaan ini memandangkan anak buah kami telah kehilangan ayah mereka (abang ipar kami) sejak April tahun lepas. Seboleh-bolehnya, memang sepatutnya kami mencuba sebaik mungkin dalam mengendalikan urusan seharian mereka dalam membantu kakak membesarkan anak-anaknya. Zam percaya, pembaca di luar sana yang mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan kami juga tentu akan cuba menjadi yang terbaik untuk anak-anak saudara mereka. Setuju?

17 comments:

  1. Assalamualaikum zam. sheila setuju! kesian kan tengok anak buah kehilangan ayahnya.. semoga mereka membesar dengan sihat dan berjaya dalam hidup. insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam :) thanks utk doa tu Sheila ~ Insya Allah :))

      Delete
  2. walau tak kehilangan parents pon kita sebagai saudara terdekat pasti rapat dgn mrk. tak sggp nk tgk mereka terbiar or sedih

    ReplyDelete
  3. sedara terdekat adalah orang terbaik yang menghulurkan bantuan dan sokongan .....

    ReplyDelete
  4. sy pun setuju jugak dengan kata-kata zam tu..

    ReplyDelete
  5. Perkara yg kecil dan remeh menjadi penting, sgt penting jika dipedulikan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah :)) appn, thanks utk komen sblm ni :))

      Delete
  6. Syukur anak buah Zam punya ayah ngah yang baik ni. Saya ni tak bernasib baik sebab ada pakcik tapi ibarat seperti tiada.

    ReplyDelete
  7. apa salahnya... lagipun anak tu bukan orang lain... darah daging kita sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak :)) sedarg sedaging, tak jauh mana pun

      Delete