Adoi... Memang cari pasal betul.. Awal pagi tadi, belum pun sempat kertas ujian Sains dimulakan pada pukul 8.15, kami yang berada di bilik guru diberitahu tentang seorang calon UPSR yang terlanggar tiang sewaktu berlari menuju ke bilik peperiksaan. Bila kami pergi melihatnya, darah mengalir banyak dari luka di kepalanya, membasahi baju dan menitik di atas lantai. Ya Allah.. Berlari di atas permukaan lantai yang basah dan licin akibat hujan, itu lah jadinya. Dah dipesan dan dimarah banyak kali pun sebelum ini, masih nak berlari biarpun licin. Ramai jugalah yang merawat dan membersihkan luka tadi, dan calon tu menangis tak mahu dibawa ke hospital.
Setelah ditukarkan baju dan dirawat, dia dibenarkan mengambil kertas ujian pagi tadi. Hmm.. Ambil UPSR dengan kepala yang berbalut.. Cari penyakit betul lah.. Lepas ni, kena bawa ke hospital.. Sah-sah, 7-8 jahitan..
PS: Anak-anak murid Zam ni, memang degil-degil..
student lelaki memang pro-active sikit kan zam? suka lari sana lari sini... hopefully tak ada apa2 yang seriouslah pada dia dan dia cepat sembuh...pasti itu pengalaman yang dia takkan lupa sampai bila2...
ReplyDeleteactually, perempuan kak.. gambar, sekadar hiasan sb tak jumpa gmbr perempuan.. hehe
Deleteappn, mmg degil dak2 ni.. huhu
adik tu excited nk jawab soalan sains la tu. ish bahaya betul. kalu terus pengssan sbb byk kluar darah macam ne. terus tak boleh jawab soalan exam.
ReplyDeleteEntri Baru Taip: Jom Jalan-Jalan - BBL, Nemo & Pulau Kapas
terfikir juga bahaya tu.. huhu
Deletenama pon budak kan.kalau x mcm tu bukan budak la plak.xpe at least dia ada pengalaman UPSR kang nk diciter dekat bakal2 anak dia then dia akan ingt smpai bila2 kenangan hari ni
ReplyDeleteingat2 gak, tp lps tu buat lg.. huhu
Deletewah! semngat sangat nk jwab upsr smpai mcm ni jadinya..
ReplyDeletesemangat nkl.. huhu
Deletesabo ler ye cikgu... doakan je murid tu. :)
ReplyDelete