e

Wednesday, September 11, 2013

TIPS UPSR: Kelebihan Memakai Jam Analog Berbanding Jam Digital Sewaktu Menduduki Ujian



Assalamualaikum & selamat malam. Dalam masa yang tidak sampai 24 jam sebelum anak-anak kita menempuh ujian di hari terakhir esok, Zam cuba untuk sediakan beberapa lagi tips yang berguna, insya Allah. Kali ini, tentang kelebihan menggunakan jam analog (jam jarum) berbanding jam digital sewaktu peperiksaan.




Jam analog sebenarnya amat membantu dalam 'memberitahu' dan 'mengingatkan' si pemakainya tentang minit-minit/jumlah masa yang masih berbaki sebelum waktu peperiksaan tamat

Sebagai contoh: Kedudukan jarum panjang pada angka 8 membawa maksud masa yang tinggal hanyalah 20 minit sebelum jarum panjang tersebut sampai ke angka 12. Dan tempoh masa tersebut jelas ditunjukkan pada jarak senggatan antara angka 8 dan angka 12. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan oleh jam digital.

Tidak dinafikan, ramai yang boleh menghitung & mencongak masa yang masih berbaki dengan jam digital di dalam minda mereka, namun ia tidak ditunjukkan secara 'maujud' seperti apa yang boleh dilihat secara langsung pada jam analog, yang mana menjadikan jam analog lebih praktikal untuk situasi ini.

PS: Lihat saja di dalam rancangan realiti TV- Masterchef, di mana mereka menggunakan jam analog besar untuk mengingatkan peserta tentang tempoh masa yang masih ada untuk mereka memasak. Dengan itu peserta akan mempercepatkan lagi segala pergerakan mereka sebelum masa tamat. Lebih mudah ditafsir dan lebih praktikal, kan?

Sumber: ccfoodtravel.com

18 comments:

  1. Setuju, suka pakai jam analoq jugak, senang lagi nak bahagikan masa. Kalau jam digital, nak kena congak2 pulak semua, malas, haha...

    ReplyDelete
  2. kalau Wan, suka pakai jam yang ada jarum dan digital sekali tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Jam analog lagi mudah kottt.. :)

    p/s: Selamat menduduki UPSR buat adik2 semua.. hehee . Terima kasih singgah blog wa.. :)

    ReplyDelete
  4. betul2! deno selalu pakai jam analog tu... kalau tinggal 10 minit lg mula la berdebar-debar... hihik^^

    ReplyDelete
  5. bunda pun lebih suka jam analog...yang digital rasanya lebih kepada budak2 kot..

    ReplyDelete
  6. more to jam digital, tapi akak guna kedua-duanya sekali......hehe

    ReplyDelete
  7. jam digital memang sungguh berguna zam...anak akak lebih terancang waktu ketika menjawab soalan as compared pakai jam analog.thanks for the tips. Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan pada hari terakhir ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain org lain caranya ya.. bagus juga klu mcm ank akak tu :D

      Delete
  8. SEtuju, betul3..tapi da lma xpkai jam analog..pkai yg digital jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ms, zam pun suka pki jam digital.. plus terbiasa

      Delete
  9. dulu masa sekolah rendah tak reti sangat tengok jam analog.. pening tengok jam nak tahu pukul berapa

    Entri Baru Taip: Jom Jalan-Jalan - BBL, Nemo & Pulau Kapas

    ReplyDelete