e

Thursday, October 3, 2013

Individu Di Sebalik Design Batik Yang Menghiasi Express Rail Link (ERL) KLIA

Assalamualaikum & salam sejahtera. Pada mereka yang pernah atau selalu meggunakan kemudahan Express Rail Link (ERL) untuk berulang alik di laluan KL Sentral-KLIA, tentu perasan motif batik Malaysia yang menghiasi dinding luar ERL tersebut. Jadi untuk entri kali ini, Zam ingin memperkenalkan pengkarya yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan batik tersebut yang telah digunakan oleh pihak ERL selama tempoh 12 tahun ini:





Beliau yang Zam maksudkan ialah Puan Zanubah Hamzah, seorang penggiat seni dan pelukis batik esklusif Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ibu kepada seorang rakan Zam- Azah Chan yang pernah Zam perkenalkan dalam beberapa entri sebelum ini seperti Art By Azah Azrina Di Akhbar KOSMO, BLACK & RED BEADED NIQAB By AZAH AZRINA, dan (Gambar) Emma Ma'embong & 4 Adik Beradiknya Di PWTC. Kiranya, mereka anak-beranak memang mempunyai minat yang sama di dalam bidang seni, cuma genre mereka berlainan. 

Zam sebenarnya meminati hasil karya batik Puan Zanubah sejak kecil lagi, bila Azah Chan membawa hasil seni ibunya ke sekolah semasa darjah 1 (1991) dulu. Waktu itu, Zam ketiadaan duit untuk memilikinya, jadi Zam pendamkan saja, sehinggalah kini. Jika masih ada, teringin Zam membelinya sekarang ;)

6 comments:

  1. memang menarik dan cantik hasil karyanya....suka pakai kain batik....senang....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha.. tiba2 msuk cite kain batik sarong... hehe... appn, boleh gak ar ;)

      Delete
  2. Replies
    1. yup :) Pn Zanubah pelukis batik ERL ni ibu dia

      Delete