e

Tuesday, September 17, 2013

Punca Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Di Johor



Assalamualaikum buat para pembaca semua. Sebenarnya ini adalah antara kisah yang menarik perhatian Zam untuk dikongsikan di blog sejak pagi tadi, namun akibat kesibukan Zam hampir terlupa melakukannya. Susulan dari perkonsian berita Tragis: Polis Tembak Isteri & Bapa Mertua Di Labis sebelum ini, Zam kongsikan pula kisah yang digambarkan sebagai antara punca kejadian tersebut:

Punca sebenar polis tembak isteri dan bapa mertua – Kejadian kes bunuh isteri dan bapa mertua oleh seorang pegawai polis berpangkat Lans Korporal dikenali Fadzly Omar, 29, terus menjadi tanda tanya di kalangan orang ramai. 
Punca sebenar perkara itu berlaku tidak diketahui secara terperinci dan kebanyakkan akhbar hanya melaporkan suspek mempunyai masalah dengan isteri. Menerusi mstar, abang ipar kepada suspek iaitu Ezam Abdul Kadir, 34, tampil memberikan sedikit gambaran tentang punca sebenar kejadian itu berlaku. 

Menurut Ezam, hubungan Fadzly Omar dengan isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, memang agak dingin sejak kebelakangan ini kerana si isteri dikatakan tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis. “Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah.” 

Rasanya, suspek mungkin mengalami tekanan perasaan akibat kesunyian sering ditinggalkan isteri berseorangan di rumahnya di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis. Kerana selalu pulang ke rumah ibubapanya, suspek mula rasa cemburu dan menyimpan perasaan marah terhadap isteri dan bapa mertuanya. Setelah tidak mampu tertanggung lagi kesakitan dalamannya, suspek akhirnya mengambil keputusan untuk menembak kedua-dua mereka dan seterusnya membunuh diri sendiri, satu kejadian paling tragis pernah berlaku di Malaysia.

kredit

7 comments:

  1. hurmmm~ utk pengetahuan, isteri kepada polis yg ditembak mati tu saudara kepada isteri sepupu saya. apa yg isteri sepupu saya cerita, si polis nih tembak isteri dia depan anak lelaki mereka. kemudian bila isterinya dah mati, si polis bawa anak lelakinya lari ke rumah bapa mertua. bila sampai dirumah bapa mertua, anak lelakinya buka mulut, beritahu bapa mertuanya dgn berkata begini,

    "atuk, ayah dah bang..bang... ibu! ayah dah bang..bang.. ibu!"

    sambil tunjuk tangan ala-ala pistol depan bapa mertuanya. jadi sbb bapa mertua dah tahu, maka si polis bunuh bapa mertuanya dan kemudian menembak diri sendiri pula...

    sekian cerita... Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  2. Tragisnya..apa pun semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba yang Soleh dan diampunkan segala dosa mereka..

    ReplyDelete