e

Sunday, September 15, 2013

TRAGIS: Polis Tembak Mati Isteri, Bapa Mertua Di Labis Semalam

Assalamualaikum & selamat pagi. Online saja pagi ni, terus terjumpa berita ini dari Sinar Harian: Polis Tembak Mati Isteri, Bapa Mertua. Apa nak dikata? Jenayah sekarang makin menjadi-jadi. Kalau ada masalah sekalipun, membunuh bukan jalan penyelesainnya.. 


SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghidap sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi. 

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya. 

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian. Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga. Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama. Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.

12 comments:

  1. hadoiii...tembak menembak sekarang nie dah macam permainan pulak kan..

    ReplyDelete
  2. Masalah mental adlh penyakit yg sangat sukar utk dirujuk ke pakar aka psikiatri. Malu mungkin. Tp kesannya kpd pesakit dan org ramai jika makin kronik. Over Stress dan baran juga 1 penyakit. Jika kena pd diri sdri atau individu yg hampir dgn kita baik cegah sebelum parah begini.
    Takut dgn dunia skrg...

    ReplyDelete