e

Sunday, September 15, 2013

Tersentuh Bila Dia Habiskan Nasi Goreng Kicap Zam Yang Tak Sesedap Mana



Tersentuh Bila Dia Habiskan Nasi Goreng Kicap Zam Yang Tak Sesedap Mana. Sebenarnya ini kisah semalam, bila si anak buah mengadu lapar. Masa tu dah pukul 10 malam, dan kebetulan lauk dah habis. Kanak-kanak, biasalah bila diajak dan disuruh makan ikut masa, dia tak mahu makan. Bila semua orang dah nak tidur, baru ada yang mengadu lapar. 

Ibunya call Pizza Hut, tapi katanya kene tunggu 1 jam. Memandangkan dah lapar, Zam bagitau Zam akan masakkan saja untuk anak buah.

Nak ikut selera dia, nasi goreng kicap lah yang paling dia suka makan. Lauk yang sedap pun belum tentu dia nak makan. Jadi Zam ke dapur untuk memasak apa yang ada. Pesannya sewaktu Zam melangkah ke dapur, " Ayah Ngah buat sedap macam Masterchef ye.."

Masterchef? Masterchef la sangat.. Terfikir juga macam manalah nak buat nasi goreng kicap kesukaannya dengan sedap. Nak-nak lagi dia tak nak sayur dimasukkan bersama. Setakat kicap saja. Teringat nak masukkan bawang, tapi takut tak dimakan pula nasi tu.

Sambil menggoreng, Zam rasa nasi yang digoreng. Hmm.. Hambar..

Jadi bila dah siap, Zam hidangkan bersama telur goreng & nugget ayam. Tapi dia cuma mahukan nasi goreng saja.

Tak lama kemudian, Zam tengok pinggannya licin.. Sangkaan awal Zam, dia tak kan habiskan nasi goreng Zam sebab rasanya tak sesedap mana seperti yang dia makan di kedai. Tak sangka pula.. Tersentuh pun ada, sebab nasi goreng yang biasa-biasa tu habis dimakan..

Lapar sangat agaknya..

17 comments:

  1. mesti sedap sampai dia habiskan..

    ReplyDelete
  2. Bagus la... nnti boleh maskkn utk ank2 sndr pulak... ok la tu, prcubaan prtma msk nsi goreng dah pn brjya... :)

    ReplyDelete
  3. msti sedap tu..heee...klu dh licin dmakannyer confrm sedap! hee

    ReplyDelete
  4. alahai...budak2 kebiasaannya mmg tak terjangka. kalau kita kata tak best, itu yg dia suka. mcm anak buah saya, masak bagai2 tapi dia nak nasi n telur goreng je..habis pulak tu

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap, kalo tak, die takkan makann :D

    ReplyDelete
  6. pas ni boleh la cuba masuk masterchef...kot2 mmg ade bakat

    ReplyDelete
  7. Zam masak dgn penuh kasih syg tu, sbb tu walaupun kicap semata2 tetap sedap rasanya.

    ReplyDelete