e

Sunday, September 15, 2013

Gabungan Makanan Mexico, Jepun Dan Itali Dalam Sehari!


Assalamualaikum dan selamat malam. Tadi, Zam baru pulang dari makan malam bersama seorang rakan blogger di Pizza San Francisco. Dulu Zam pernah mencubanya sekali di cawangan Bangi, dan kerana teringat kenangan tu, Zam teringin mencubanya di Mines Seri Kembangan. Kali ini, Zam memilih untuk mencuba nanchos, iaitu menu makanan Mexico. Selama ni selalu tengok di tv saja. Apapun sebelum tu, kami sempat alas perut dengan sushi onigiri (belut) dan onigiri ketam dibawah ini yang dibeli di luar restoran.

Selain tu, sudah tentu yang dipesan diakhirnya ialah pizza tuna ini. Zam sukakan kelainan crust nya yang berbeza dengan Pizza Hut. Serius, Zam syorkan anda mencubanya juga jika berpeluang ;)


10 comments: