e

Showing posts with label onigiri. Show all posts
Showing posts with label onigiri. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

Cubaan Onigiri

Assalamualaikum readers..

Jika ada di kalangan pembaca di sini yang meminati makanan Jepun, tentu ada yang mengenali Onigiri atau nasi kepal ini. Biasanya ia mengandungi pelbagai jenis inti seperti ikan, daging, mahupun sayur-sayuran.

Ini percubaan pertama menghasilkan onigiri yang menjadi- dari segi bentuk. Bahan-bahan lain untuk hiasan seperti nori, biji bijan, Zam tak sempat beli lagi. Sebelum ni, pernah cuba buat tapi tak berapa menjadi.


Sunday, September 15, 2013

Gabungan Makanan Mexico, Jepun Dan Itali Dalam Sehari!


Assalamualaikum dan selamat malam. Tadi, Zam baru pulang dari makan malam bersama seorang rakan blogger di Pizza San Francisco. Dulu Zam pernah mencubanya sekali di cawangan Bangi, dan kerana teringat kenangan tu, Zam teringin mencubanya di Mines Seri Kembangan. Kali ini, Zam memilih untuk mencuba nanchos, iaitu menu makanan Mexico. Selama ni selalu tengok di tv saja. Apapun sebelum tu, kami sempat alas perut dengan sushi onigiri (belut) dan onigiri ketam dibawah ini yang dibeli di luar restoran.