e

Friday, September 27, 2013

Saya Minta Maaf



Assalamualaikum & selamat petang. Berkenaan entri Zam sebelum ini- Zaman Sekarang Tak Boleh Upload Gambar, Video Sebarang, akhirnya individu yang bertanggungjawab memuat naik gambar kontroversi tersebut telah pun meminta maaf. Dan seperti yang Zam katakan semalam, kucing itu memang miliknya, & niatnya memang untuk bergurau. Apapun, langkah yang telah diambil untuk meminta maaf secara terbuka begini adalah sesuatu yang tepat dan wajar. Cuma apa yang terkilan, terlalu banyak komen yang negatif dan keterlaluan keluar kerana gambar itu di FB.

Gambar sebelum ini yang dimuat naik.. Memang kucing tu miliknya.. 
Jadi tak timbul niat nak menganiayanya

39 comments:

  1. Assalamualaikum.. sheila tak sempat tengok video kucing tu. dengar2 dimasukkan dalam botol ye? kesian makhluk Allah tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sheila.. Video, tak ada.. Cuma gambar.. Tp tuan kucing tu dah minta maaf kpd semua kan..

      Delete
  2. Ieka tengok kucing tuh ada dalam botol .. kesian :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian.. tp tuan nya dh minta maaf.. tuan dia tu syg kucing sbnrnya

      Delete
  3. hurmm...dunia maya ni memng begitu,...''bijak pandai'' terlalu ramai dluar sana..mudah je melemparkan cacian..tpi deme 2 org tuh pun silap jugak sebab tak alert dengan sensitivi..harap dijadikan pengajaran

    ReplyDelete
  4. berfikir dulu sebelum memuat naik sesuatu...dia dah sedar..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. bergurau xsalah tp biarlah kena pd tempatnya...kucing tu juga punya perasaan.

    cuma agak terkilan bila mereka2 yg komen sanggup mengutuk dan menegur dgn cara yg negatif. apalah salahnya tegur dgn cara yg lebih berhemah. apepun, buat si pelaku, moga kes ini menjadi pengajaran buat mereka. dan didiey respect dgn cara mereka yg mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka begini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. terlalu over.. Zam pun minat kucing, tp tak adalah smpi mcm tu nak komen..

      Delete
  6. Dia dah mintak maaf..mari kita maafkan dia..kan..kan..

    ReplyDelete
  7. bergurau berlebihan sangat... aduyai..

    ReplyDelete
  8. kita sumbat pulak dia dalam botol....

    ReplyDelete
  9. err... apa kes ni?? deno tertinggal la abe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes upload gmbr kucing dimasukkan dlm botol, jd viral kt fb dik.. tp dia bergurau je

      Delete
  10. assalamualaikum zamani...betul tu bila keluar kat fb semalam mama pun jadi marah melihat haiwan itu diperlakukan begitu....langsung mama x mahu tengok gambar tu....kesian sgt kat kucing tu rupa2nya utk suka2 saja...jika suka2 pun jgn lakukan mcm tu...moga dpt pengajaran dr perkara mcm tu...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam kak.. mmg itu lah yg diharapkan.. appn kita yg tak tahu hujung pangkal ni, mmg akn rs terkesan dgn perkara mcm ni

      Delete
  11. kesian kucing tu. lain kali jangan gurau sampai nampak macam menyeksa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, nampak seakan2 menyeksa tu yg buat org marah

      Delete
  12. kecoh aritu... syukur la xmati kucing tu.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing dia sdri.. takdelah niat sampai nak membunuh

      Delete
  13. Ikut hati , mati
    Ikut nafsu , lesu
    Ikut akal, baru berakal.

    ReplyDelete
  14. meminta maaf dan memberi maaf adalah perbuatan yang sangat baik

    ReplyDelete
  15. A picture is worth a thousand words... kat laman social, bukan semua org kenal dan tahu sifat sebenar dan niat kita, jadi janganlah upload apa2 yg controversial ^^

    btw... jom join Contest GA Isi Buih Kata Komik ai, deadline 12 Oct 2013, meh cepat!! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Plain, mcm2 tafsiran blh dibuat nt, terutama yg negatif

      Delete
  16. Tak patut buat haiwan macamtu walaupun bergurau..

    ReplyDelete
  17. Ada dgr juga pasal kucing tu kat fb..dh agak dh dua nk bergurau..pluss tu gambar peribadi...x der maksud nk buat org marah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, bl tgk ada balang friskies, agak dh dia bergurau sb mesti tu kucing dia bela

      Delete
  18. dia dh minta maaf kak :) kucing dia sdri tu

    ReplyDelete