e

Thursday, September 26, 2013

Zaman Sekarang, Tak Boleh Upload Gambar, Video Sebarang.



Assalamualaikum & selamat malam. Di sebalik fenomena video isteri pemain bola sepak memarahi pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Subang yang masih belum reda, terselit sekeping gambar di FB yang mencuri perhatian orang ramai. Biarpun isu nya tak semeriah untuk dibicarakan seperti isu isteri pemain bola sepak tersebut, tapi perbuatan yang ditunjukkan sedikit sebanyak telah mengundang marah dan kejian orang ramai. Biarpun kucing, jangan dibuat main. Tak pasal-pasal anda menerima cacian dan doa buruk dari mereka. Bukan sedikit pula tu..

Zam tak nak komen banyak dan mengutuk, sebab mungkin individu dalam gambar diatas tidaklah sampai berniat untuk membunuh kucing tu. Kalau diperhati, balang tu bekas makanan kucing, maksudnya boleh jadi tu kucing  yang dibela di rumah mereka. Diorang ni tengah bergurau kot.. Tapi, sesuai ke? Sebagai pencinta kucing, Zam tak setuju tindakan tersebut. Apa motifnya memuat naik gambar tersebut?

Mungkin kita tak terfikir kesan yang akan datang bersama dengan tersiarnya gambar itu. Kita rasa, ia satu gurauan, tapi orang lain, lain tafsirannya. Begitu juga video. Kita rasa kita mahu meraih simpati dan sokongan orang ramai, tapi akhirnya orang ramai menilai sebaliknya.

Sekarang, siapa yang susah?

20 comments:

  1. Cr pnyakit.
    Kucing dh ler ramai pminat.
    Bleh plak wat cmtu,

    ReplyDelete
  2. tengok gambar ni kat Fb tadi..banyak taksiran boleh dibuat..adakah dia orang saja2 nak main dengan kucing tu? atau memang dia orang saja seksa kucing tu..betul cakap zam tu..sekarang ni..kalau nak post yang pelik2..mesti fikir 2 3 kali..adakah sesuatu kita post tu boleh boleh membawa yang baik ataupun sebaliknya..

    ReplyDelete
  3. Kucing tuu kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW .. MasyaALLAH .. semoga mereka diberi pengajaran ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang dh insaf.. tu kucing slh seorg individu diatas

      Delete
  4. Replies
    1. bergurau mulanya, tp dh mengundang marah org ramai

      Delete
  5. ni namanya diorang saja minta nak kena maki...

    btw... tumpang iklan ckit... jom join Contest GA Isi Buih Kata Komik aku, deadline 12 Oct 2013, meh cepat!! XD

    ReplyDelete
  6. dah stalk FB laki yg belah kiri tu, byk foto dia peluk kucing...dia suka kucing la tu, tp silap la gi upload fto main2 kucing camni...pecinta kucing kan byk yg sensitif...hihih

    ReplyDelete
  7. Kalau ye pun tolonglah jangan upload dalam internet

    ReplyDelete
  8. Betul tu Zam..setiap org yg tengok punya pandangan yg berbeza...akak pun masa mula2 tgok dlm fb smlm terus terlintas..zalimnya 'budak 2 org ni buat mcm tu kat binatang..kucing pulak tu'...mungkin niat dia baik..tapi cara dia mengundang 'fitnah' if pandangan negatif yg org ramai berikan sdgkan niat dia baik hanya utk suka2..itu pun dikira x de perikemanusiaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul, tak pasal2 ramai yg salah faham dan marahkan mereka..

      Delete
  9. Macam bekas makanan kucing rumah Along..

    ReplyDelete