e

Thursday, September 26, 2013

Al Fatihah. Bekas Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Meninggal Dunia

Assalamualaikum & selamat pagi. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Dukacita dimaklumkan bahawa Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 11.10 pagi tadi (Menurut sumber dari Mstar). Perkhabaran terkini yang diterima dari KEDAHKINI pula melaporkan Jenazah ustaz Azizan berkemungkinan akan ditempatkan di Muassasah Darul Ulum, sekarang masih dalam mesyuarat dengan waris dan juga pimpinan PAS Kedah.



Sama-samalah kita hadiahkan Al Fatihah buat beliau, dan salam takziah Zam ucapkan kepada ahli keluarga beliau. Sebelum ini, Zam pernah berkongsikan perkhabaran tentang keadaan beliau setelah menjalani pembedahan bagi memotong kakinya yang telah dijangkiti kuman melalui entri Perkembangan Terkini Ustaz Azizan, Bekas Menteri Besar Kedah dan Ustaz Azizan Selamat Dibedah, Bahagian Kaki Yang Dipotong Telah Disemadikan. Ternyata kini Allah SWT lebih menyayanginya dan menjemputnya kembali ke rahmatullah.. 


9 comments: