Assalamualaikum & selamat pagi. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Dukacita dimaklumkan bahawa Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 11.10 pagi tadi (Menurut sumber dari Mstar). Perkhabaran terkini yang diterima dari KEDAHKINI pula melaporkan Jenazah ustaz Azizan berkemungkinan akan ditempatkan di Muassasah Darul Ulum, sekarang masih dalam mesyuarat dengan waris dan juga pimpinan PAS Kedah.
