e

Tuesday, September 10, 2013

Tips Menjawab Soalan Sains UPSR Bahagian A #2 Jangan Keliru Dengan PENGGANGGU



Assalamualaikum dan selamat pagi buat para pembaca. Hari ini Zam teruskan lagi dengan entri Tips Menjawab Soalan Sains UPSR Bahagian A bahagian 2, dengan memberi penekanan terhadap PENGGANGGU di dalam soalan.

TIPS #2 JANGAN KELIRU DENGAN PENGGANGGU

Apa itu PENGGANGGU dalam Soalan?

Sebarang jawapan (ayat atau perkataan) yang bertujuan mengalihkan perhatian dan fokus calon dalam memilih jawapan yang sebenar. Ia biasanya terdiri dari 1-2 pilihan jawapan yang difikirkan logik dan betul, tetapi menyimpang dari tema dan topik yang diajar dalam subjek Sains.

Contoh:

Harga kertas telah dinaikkan.
Harga buku semakin mahal.

Berdasarkan pernyataan diatas, apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah di atas daripada berlaku?

A. mencipta kertas tiruan.
B. menjalankan kempen berjimat cermat.
C. mengguna dan mengitar semula kertas.
D. mengurangkan pembelian buku.

Huraian:

Ramai murid yang terkeliru dengan soalan ini dan memilih Bmenjalankan kempen berjimat cermat sebagai jawapan kerana ia dirasakan logik dan betul, NAMUN harus diingat, hanya pilihan jawapan C yang mempunyai kaitan dengan matapelajaran Sains Tahun 6- Unit 5: Pengurusan Bahan Buangan. Maka dengan itu, C adalah jawapan yang paling tepat dan harus dipilih dalam soalan ini.

PERINGATAN: Kebanyakan pilihan jawapan memang sengaja dibuat agar kedengaran logik ,betul dan berasas, namun cuma terdapat SATU sahaja jawapan yang PALING TEPAT. Pilih jawapan yang mempunyai kaitan dengan topik-topik Sains yang diajarkan oleh guru

PS: Memang banyak pilihan jawapan yang kedengaran betul, tapi pilihlah jawapan yang paling TEPAT

11 comments: