e

Monday, October 14, 2013

Aku Dikhianati Bahagian 2

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat berpuasa Arafah pada yang berpuasa hari ini. Kali ni, Zam nak ceritakah kisah sebenar di sebalik entri Aku Dikhianati sebelum ini. Ramai yang tinggalkan komen- bertanyakan dan menasihatkan Zam atas apa yang berlaku. Thanks atas keprihatinan anda ek.

Kisah sebenarnya bermula apabila...


.. kami bermain permainan Gergasi Mengamuk di atas ni sempena Sukaneka Sekolah. Syaratnya- peserta mengikat belon pada kaki mereka seorang satu, dan mereka perlu memecahkan belon peserta lain dan melindungi belon sendiri, dan orang terakhir dengan belon yang masih belum pecah dianggap pemenang. 

Peserta cuma ada 5- 3 perempuan dan 2 lelaki.. yang lain tak berani main.. Zam lak, tiba-tiba dapat idea.. pakat dengan kawan cikgu lelaki tu- ''kita pecahkan belon semua peserta perempuan, lepas tu hadiah hamper tempat pertama & kedua kita kongsi dua orang".. Dia setuju jek, & kami celet ibu jari tanda setuju. So ape lagi, dengan agresifnya kami cuba kalahkan diorang dulu. Bukan senang tau, penat dibuatnya nak pecahkan belon tu. 

Akhirnya, Zam & rakan cikgu lelaki tu berjaya kalahkan seorang satu peserta perempuan. 2 out, tinggal 1 lagi.. Perghh.. Bukan mudah gak nak tewaskan Kakak tu. Makin ligat jadinya.. Dalam dok sibuk menyerang tu, tiba-tiba belon di kaki Zam pecah!

What the heck?? Ingatkan pecah sebab belon bergeser dengan simen, rupanya cikgu lelaki tu yang pijak! Hampehh!! Dia khianat Zam rupanya! Huhuhuhu

Ini tidak adil tidak adil bagi ku... Hampeessssss

PS: Nak menang wang tunai RM50? Jom hit pautan INI ;)

12 comments:

  1. ooo...begitu rupanya ye zam...kesian zam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho.. ;p xpe zam okey je.. cam lawak je masa tu

      Delete
  2. la itu kisahnya rupanya, tak sempat baca bahagian satu tapi dah baca bahagian dua pagi ni... tak apalah zam, tak ada rezeki... tapi menarik juga permainan ni ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada rezeki hri tu, tp mmg best ar main..

      Delete
  3. hahahaha...pernah main benda ni sekali time ujian hari tu..hahahhaa...:D
    tabahnye zam..ahhahaa

    ReplyDelete
  4. hohohoh...ingatkan apa la tadi....

    selamat hari raya aidiladha zam..tak balik kampong ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya gak kak :) balik serdang dh ni

      Delete
  5. Alahai..sadisnya. Kalau tak dah dapat hadiah ye Zam. Tapi nak tergelak pun ada ni. Hahaha..

    p/s: jangan marah ye

    ReplyDelete