e

Saturday, October 5, 2013

Apa Yang Lebih Seram Dari Ilusi Menakutkan Di Malam Hari?

Assalamualaikum & selamat malam. Topik malam ini mungkin agak berbeza dari gaya kebiasaan Zam. Pertama kali Zam tampilkan entri seperti ini, jadi Zam ingin maklumkan awal-awal supaya mana-mana individu yang lemah semangat untuk tidak terus membaca entri ini sehingga ke penghujungnya.

Jadi, pada anda yang membuat keputusan untuk mengikuti entri ini sehingga ke akhirnya, diingatkan ini bukanlah satu bentuk gurauan dari Zam. Ternyata, selepas menyaksikan imej-imej ini satu ketika dulu, Zam akui gambar-gambar tersebut lebih seram dari ilusi menyeramkan makhluk entiti, nak - nak lagi di waktu malam hari. 

Apa yang ingin dikongsikan sebenarnya ialah, pengajaran tentang betapa sayangnya dan ruginya jika hayat yang ada ditamatkan dengan begitu sahaja. Nauzubillah..

Jika ada yang sanggup menangung risikonya, setelah menimbangkan perkara ini berulang kali, anda boleh menaip perkataan di bawah ini di ruangan carian laman sesawang Google atau carian imej Google:

aokigahara


4 comments: