e

Thursday, October 3, 2013

Kes Gaji Guru Di Hack- Ramai Tidak Terima Gaji Bulanan Akibat Ditipu

Assalamualaikum & selamat pagi. Berkenaan tajuk entri Zam ini, Zam mula mengetahui kisah mengenainya selepas membaca entri blogger Cikgu Hailmi- Skandal Terbaru: Kes Penipuan Gaji Guru. Sesuatu yang tidak disangka-sangka, namun jelas menunjukkan pelbagai jenis penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab pada zaman ini. Apa yang penting, berwaspada lah sentiasa apabila ada pihak yang meminta suatu maklumat secara mencurigakan, terutamanya seperti no gaji anda dalam kes ini. 

KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

Secara ringkas, kejadian ini berlaku apabila pihak sekolah menerima email yang meminta maklumat-maklumat peribadi staf dan guru diisi untuk tujuan pengemaskinian Jabatan Akauntan Negara. Mungkin kerana ia ditulis dengan baik bagi tujuan  mengaburi pihak pengurusan sekolah, sehinggakan beberapa perkara terlepas pandang dari pemerhatian mereka. Akibatnya, staf sekolah tersebut tidak menerima gaji mereka seperti kebiasaanya.

Semoga perkara ini dapat disiasat dan diselesaikan dengan cepat demi mengheret si pesalah ke muka pengadilan.

22 comments:

  1. ohhh...salahgunakan sistem maklumat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tk patut.. hrp dpt trace siapa penyangak tu

      Delete
  2. orang sekarang ni nak menipu tak beragak betul

    ReplyDelete
  3. kesiannya.... tak baik betul diorang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian xdpt gaji.. bnyk yg sangkut tak dpt byr itu ini

      Delete
  4. liciknya..bahaya betul..tapi rasanya next time dorg patut cek dulu dekat kementerian utk pengesahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulh.. lain kli kna call dlu utk dptkn kpastian

      Delete
  5. banyaknya penipu di dunia hari ini..dahsyat sungguh.

    ReplyDelete
  6. hadoii..kena hati2.org sekarang bijak sangat nak menipu

    ReplyDelete
  7. anm memang tengah buat pengemaskinian
    dorang ambik kesempatan
    kalau pada log in page e gaji minta no gaji anda
    jangan key in sebab hacker sedang menunggu untuk mencuri duit anda
    semoga kita dijauhkan musibah ini,Amin

    ReplyDelete
  8. Berikut merupakan maklumat sebenar Sistem ePenyata Gaji.
    Untuk makluman pihak tuan/puan, sistem ePenyata Gaji telah dibuat penambahbaikan mulai 11 Sept 2013. Bagi tuan/puan yang lupa kata laluan, sila gunakan link Lupa Kata Laluan. Ikuti arahan berikutnya bagi memperolehi kata laluan asal. Sekiranya tuan/puan berniat hendak Daftar Semula, klik pada butang Daftar Semula. No. Akaun bank perlu dimasukkan bagi pengesahan sistem. Sistem akan membenarkan tuan/puan membuat pendaftaran semula sekiranya maklumat No. Akaun bank yang dimasukkan adalah benar. Tuan/puan akan menerima notifikasi melalui sms dan email sekiranya berjaya Daftar Semula. Notifikasi ini dihantar kepada tuan/puan sekiranya pihak tuan/puan telah mengemaskini maklumat profail tuan/puan iaitu No. Tel dan Email sebelum melakukan Daftar Semula. Sekiranya maklumat profail tidak dikemaskini sebelum ini, maka tiada notifikasi yang akan dihantar kepada pihak tuan/puan meskipun tuan/puan berjaya mendaftar semula. Untuk makluman pihak tuan/puan, link Pertama Kali Mendaftar hanya boleh digunakan bagi penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berstatus baru sahaja.

    Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, penambahbaikan ini tiada kaitan dengan “hacker” sebagaimana yang dihebohkan melalui sms/mms/email/notis-notis palsu/laman blog/FB dan sealirannya. Bagi “gaji guru hilang” juga tiada kaitan dengan sistem ePenyata Gaji. Perkara ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pendidikan melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 04.10.2013 melalui ruangan Dalam Negeri. Bagi tuan/puan yang berkhidmat di sekolah, sekiranya terlepas membaca akhbar tersebut, sila dapatkan di perpustakaan sekolah (sekiranya masih terdapat dalam simpanan). Untuk makluman pihak tuan/puan No. Gaji dan No. Akaun adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga. Perkara ini telah dijelaskan melalui Pekeliling Bil. 3 Tahun 2010 Jabatan Akauntan Negara Malaysia di perenggan 4.3 dan perenggan 1.5 Terma Panduan Pengguna.

    Diharapkan penjelasan ini jelas dan boleh difahami oleh pihak tuan/puan serta dapat menghilangkan keraguan pihak tuan/puan terhadap sistem ePenyata Gaji. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit ePayslip ditalian 03-8882 1000. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai rasa bertanggungjawab, sila kongsikan entry ini untuk memaklumkan perkara sebenar kepada penjawat awam yang lain melalui sms/mms/email/notis-notis benar/laman blog/FB dan sealirannya.
    Sekian.

    Daripada : Pegawai Bertanggungjawab

    ReplyDelete