e

Thursday, October 31, 2013

Khasiat Peluk Isteri



Assalamualaikum dan selamat tengahari. Satu lagi perkongsian menarik untuk tatapan suami isteri dan yang bakal menjejakkan kaki ke alam berumah tangga selepas entri sebelum ini: Bagaimana Mengekalkan Kemesraan Suami Isteri:

KHASIAT PELUK ISTERI 

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. "Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," 

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. 

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. 

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. 

PERINGATAN: ini KHAS untuk ISTERI sahaja ye , kalau peluk COUPLE dosa tanggung sendiri, ingat azab akhirat menanti.

18 comments:

  1. hehehee..kena share dng husband nie pasal entry nie...tenkiu..

    ReplyDelete
  2. he he he...malu nak cakap tapi hari2 kena peluk... ^_^ perempuan memang suka....

    ReplyDelete
  3. Jangan keluar hormon morfin sudahlah ye... hehehe... saya bergurau!

    ReplyDelete
  4. Khasiat nye dah tau...... zam bila nak beristeri, hahahaha ( soalah cepuk kepala ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah.. doakan zam cepat2 masuk alam berumah tangga k ;)

      Delete
  5. pernah buat entry nie hasil dari Ust. Fadillah Kamsah

    ReplyDelete