e

Monday, October 21, 2013

Kisah Di Sebalik Entri Merajuk


(Kak Nor-Berbaju hitam di tengah ketika ditemubual DJ Radio Cats FM)

Assalamualaikum & selamat malam. Zam rasa terpanggil nak ceritakan kisah di sebalik entri Merajuk pagi tadi memandangkan ramai yang tak tahu hujung pangkal cerita tu. Maaflah sebab masa entri tu dikongsikan, Zam sebenarnya sedang mengikuti kursus di tempat kerja. Jadi sempat mencelah kejap je, & tak sempat tulis dengan panjang.

Kisahnya begini: Kak Nor- rakan sekerja Zam hantar sms, minta Zam berikan nombor telefon staf sebuah universiti di Kota Bharu. Ada urusan penting untuk dimaklumkan kepada staf di sana tentang pertukaran lokasi menduduki peperiksaan- dari cawangan universiti tersebut iaitu di Kuching ke Kota Bharu. 

(kami berdua sama-sama menuntut di universiti yang sama sekarang ni di Kuching, jadi bila tarikh peperiksaan telah ditetapkan ketika kami bercuti di Kota Bharu bulan 12 nanti, kami kena lah tukar lokasi).

Salah seorang staf di Kota Bharu tu, rakan Zam sebenarnya. Tapi memandangkan dia sibuk hari tu, Zam berikan nombor staf lain kepada Kak Nor untuk dihubungi, iaitu Puan Aidah Ahmad.

Nak dijadikan cerita, disebabkan nak cepat, dia scroll tak habis sms Zam, dan terbaca nama 'Ahmad' saja, instead of Aidah Ahmad. Apa lagi, bila dihubungi nombor yang diberikan, tak adalah staf yang bernama Ahmad.. Dan apa yang terjadi selepas itu, adalah seperti apa yang anda telah baca di entri Merajuk tersebut.. Hehe

PS: Zam bukan nak tukar balik Semenanjung tau.. Tukar tempat exam je dari Kuching ke KB.. Takut ada yang salh faham dari entri tu tadi.. :)

PS#2: Kak Nor tu, dah dianggap macam kakak 'kesayangan' Zam kat Kuching ni.. Jadi tak timbul isu ambil hati atau apa apa.. Saja Zam mengada nak merajuk.. Haha

PS#3: Sampai sekarang, Zam tak tahu siapa staf yang bernama Mohd Zulkifli yang dia maksudkan.. Setahu Zam, tak ada staf nama tu kat situ.. Hehe

18 comments:

  1. hehe lucu la. kn dh tertukar nama orang.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. rajin singgah ke sini kan.. terima kasih daun keladi , baik sungguh hati budi ;) hehe

      Delete
  3. oh..begitu kisahnya. Hehehe..sudah faham sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. hehe.. hari tu ainim ingat zam nk pindah smnjg ae?

      Delete