e

Monday, October 21, 2013

Teringin Nak Ke Australia Ketika Tingkatan 1

Assalamualaikum dan selamat petang. Tentang tajuk entri tu, rasanya ramai juga di kalangan kita  mempunyai  tempat/ negara idaman yang ingin dilawati suatu hari nanti. Zam sebenarnya terlupa, suatu masa dulu Zam pernah teringin sangat nak ke Australia- tahun 1997, ketika Zam berada di tingkatan 1. Sebab utama, pengaruh drama bersiri Cinta Antara Benua di TV3 yang penggambarannya dijalankan di Australia. Masa tu, Nora merupakan penyanyi untuk lagu ending drama tersebut- Naluri (Hadirlah Kekasih) dan Zam merupakan peminatnya sejak 1994 lagi. Tambahan pula, lagu Bebas Berlari dari album yang sama turut dijadikan lagu promosi tahun melawat Australia ketika tu.. Itu yang teringin dan terpengaruh nak melancong ke sana, sambil sambil nak merasa suasana di tempat orang yang semestinya jauh berbeza..

Insya Allah, jika ada rezeki, Zam nak juga ke sana..




12 comments:

  1. best...jom..tanam tekad ke Australia 2014.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. lama dah teringin.. tp blm berkesempatan

      Delete
  3. Sekarang dh boleh zam, balik ari pun boleh.......hehe

    ReplyDelete
  4. boss akak setahun lebih 3x ke sana sebab dia ada rumah kat Perth...tunggu jer peluang bila ler boss nak ajak gi rumah dia.....hihi

    ReplyDelete
  5. saya pula teringin nak pergi Korea Selatan sebab nak pergi pulau jeju

    Saya doakan semoga hajat Zam nak ke sana tercapai suatu hari nanti ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tu.. semoga impian kita sama2 tercapai :)) aminn

      Delete